“Comelnya Aafiyah, sebijik tokti masa muda”-Netizen

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan kepada dua beranak ini, iaitu Ctdk dan anak perempuannya iaitu Siti Aafiyah. Sememangnya kedua-dua mereka c0py p4ste saja mukanya, yelah nama pun anak beranak kan, sama cantik dan sama comel. Sweet je tengok mereka anak-beranak ni.

Ctdk yang memuat naik video beliau dan anaknya di laman  Instagramnya apabila mereka berlari-lari di tengah laman di kota London atau di Hyde Park. Seperti melihat dua orang puteri bergembira, cantik sangat.

Bak kata netizen, seperti adik dan kakak. Mungkin kerana kedua-dua mukanya hampir sama dan dua-dua comel. Aish, netizen juga mengatakan bahawa Ctdk sentiasa awet muda tidak dimamah usia, sentiasa kelihatan seperti anak dara. Apa rahsianya ?

Pun begitu, walaupun puteri sulungnya itu baru berusia 4 tahun, tapi pandai posing seperti ibunya, kecil-kecil dah pandai posing sana-sini, bak kata orang “faham assignment”. Ramai juga yang memuji Aafiyah kerana personalitinya yang sopan walau masih kecil.

Katanya Ctdk bakal pergi ke konsert Adele yang bakal diadakan tidak lama lagi di Hyde Park. Alang-alang dah berada di London, apa salahnya terus aja pergi ke konsert Adele, nanti dah pulang ke Malaysia, sibuk dengan kerjaya sebagai usahawan pula, sambil menyelam minum air.

Rata-rata netizen sangat teruja dan berteka-teki jika Ctdk akan ke konsert Adele, yelah Adele penyanyi berkelas antarbangsa kot. Siapa je taknak ke konsert beliau. Kalau dah ada peluang, pergi jelah. Setuju tak ? Melihat komen netizen pun, rata-rata yang jeles turut ingin pergi ke konsert penyanyi terkenal tersebut.

Pun begitu, sikap dan keperibadian anak-anak itu diwarisi oleh anak-anak, seperti Aafiyah yang sopan orang nya, mungkin mewarisinya dari ibu dan ayahnya. Comel seperti ibu, baik pun seperti ibu. Adakah bakat juga seperti ibu ?. Sememangnya kecomelan mereka tak dapat dinafikan lagi.

Antara komen netizen ialah “Kenapa macam adik kakak ja..Tokti awet muda”, “Eh Situ Nurhaliza masa kecil”, “Wah bestnya Aafiyah cuti dengan ibu” dan sebaginya. Boleh dikatakan Aafiyah adalah mini Ctdk, kalau rindu Ctdk pada waktu mudanya, jadi tengoklah Aafiyah, sama saja.

Siapa saja yang tak suka melihat telatah dua beranak ini, belum lagi ditambah dengan gelagat Dato’ K dan si kecil Afwa, maka lengkaplah satu keluarga yang sangat disukai ramai. Walaupun sibuk dengan rutin dan kerjaya, Ctdk tidak pernah lupa untuk membahagi masa untuk anak dan keluarga yang sangat dikasihinya.

Sumber : Ig Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!