Dia pantang nampak abg dia mesti nak jugak. “Where’s my hat?” – Alisa Aisyah

Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah merupakan anak kepada pasangan pelakon, model dan usahawan terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Anak sulung mereka Yusuf terlebih dahulu mengumpul peminatnya tersendiri apabila akaun instagram kanak-kanak tersebut meraih sehingga 2.7 juta pengikut sejak di daftarkan. Diikuti pula oleh anak kedua mereka Alisa yang tidak kurang hebatnya apabila meraih sehingga 1.2 juta pengikut.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut mencuri tumpuan netizen dengan wajah mereka yang comel dan juga gelagat mereka yang begitu mencuit hati. Kedua-dua mereka juga pernah memenangi anugerah si cilik Meletop sebelum ini setelah mendapat undian yang begitu tinggi daripada para peminat mereka.

Baru sahaja menyambut hari jadi pada bulan Mei yang lalu, kini Alisa sudah pun menginjak keusia 2 tahun dan semakin petah bercakap. Kemana sahaja Alisa pergi pasti akan ditemani abangnya Yusuf Iskandar.

Ibu bapa mereka juga sering berkongsi aktiviti adik beradik tersebut di instagram mereka berdua buat tatapan para peminat.

Menerusi satu perkongsian di instagram peminat, satu video yang memaparkan gelagat mencuit hati daripada Alisa telah dikongsikan buat tatapan peminat mereka. Di dalam video yang dipaparkan, kelihatan Yusuf telah memakai pakaian lengkap sebagai seorang chef.

Melihatkan abangnya memakai topi chef, Alisa juga turut meminta topi chef berkenaan. Permintaan Alisa itu mengundang gelak tawa daripada kedua-dua ibu bapanya kerana mengenali si cilik itu, apa jua yang dimiliki oleh abangnya Yusuf pasti perlu di miliki olehnya juga.

Permintaan Alisa akhirnya ditunaikan namun Alisa merungut kerana Yusuf memakai misai dan Alisa juga turut mahu dipakaikan misai. Namun begitu setelah dituruti permintaan tersebut, Alisa mengadu pula apa yang telah berlaku kepada wajahnya.

Rata-rata para peminat mereka teruja melihat kecomelan wajah Alisa. Tambah membuatkan para peminat geram dengan Alisa kerana si cilik itu sangat petah bercakap. Pasti ada sahaja permintaan yang dibuat oleh Alisa kepada kedua ibu bapanya.

Panjang akal betul Alisa ni. Boleh pening Hanis dan Hairul melayankan permintaan anak dara mereka itu. Geram dengan wajah comel dan muka tak bersalah Alisa apabila minta macam-macam dari mummy dan daddy dia.

Gelagat Alisa yang sangat mencuit hati membuatkan para pengikut tidak jemu mengikuti apa sahaja aktiviti yang dikongsikan oleh ibu bapa mereka di media social.

Sumber : ig _utluvdrama_75

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!