“Awat aku tgk mcm Dato Seri Vida versi muda ni” – Netizen

Iman Troye atau nama sebenar beliau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin merupakan satu nama baru dalam industri seni. Beliau merupakan seorang penyanyi dan juga personaliti media social. Nama beliau mula dikenali menerusi lagu pertama nyanyiannya berjudul Teman. Rentak dan lirik lagu yang catchy dan santai telah berjaya memikat hati para pendengar membuatkan orang ramai tertarik untuk mengenali pelantun lagu berkenaan.

Sehingga kini lagu Teman telah meraih sebanyak 39 juta tontotan dalam masa 8 bulan yang lalu. Lagu yang dilancarkan sempena hari raya iaitu Pejam Celik Hari Raya juga turut mendapat perhatian dan sambutan yang menggalakkan.

Dilahirkan pada Disember 2002, gadis yang baru sahaja menginjak ke usia 18 tahun ini adalah di antara artis remaja yang telah berjaya menempa nama dengan begitu pantas dalam industri seni.

Wajahnya yang comel dan genit juga menarik perhatian orang ramai khususnya golongan remaja seusia dengannya.

Iman meminati bidang nyanyian sejak dibangku sekolah. Bagaimanapun sebelum ini Iman tidak mendapat keizinan daripada ibunya untuk menceburi bidang seni. Namun begitu dek kerana minat yang mendalam, akhirnya ibu dan keluarga memberikan keizinan bergelar penyanyi.

Iman juga pernah menyertai rancangan I Can See Your Voice namun tidak berjaya dan disingkirkan artis jemputan ketika itu. Ternyata rezeki berpihak kepada beliau akhirnya.

Media social menjadi antara platform yang begitu meluas digunakan oleh anak muda masa kini. Iman Troye juga tidak ketinggalan apabila mempunyai beberapa akaun media social seperti youtube, instagram dan Tiktok.

Beliau juga aktif memuatnaik lagu saduran serta berinteraksi bersama peminat menerusi media social. Terkini Iman telah berkongsi beberapa keping gambar terbaru beliau yang sedang bergaya dirumahnya.

Namun, gambar berkenaan menerima kritikan dek wajahnya yang di solek secara keterlaluan. Rata-ratanya berkata berkemungkinan bibirnya yang kelihatan agak besar disebabkan teknik solekan menyebabkan wajahnya saling tak tumpah seperti Dato Vida versi muda. Berikut dikongsikan komen-komen netizen terhadap gambar beliau.

Wajah Iman yang masih muda agak tidak kena dengan teknik solekan yang sarat. Namun tidak mengapa kerana beliau masih muda dan banyak yang perlu dipelajari.

Perjalanan beliau dalam bidang seni masih lagi hijau. Yang penting jadikan teguran sebagai satu proses pembelajaran dan pengalaman berharga buat beliau.

Sumber : Instagram ig iman troye

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!