“Tak perlulah dihebohkan pertolongan bantuan tu” – Netizen

Nama Elly Mazlein semakin menjadi sebutan sejak membuat kemunculan semula menerusi sebuah program nyanyian beberapa tahun lalu. Walaupun beliau masih aktif berlakon namun bakatnya dalam bidang nyanyian semakin dilupakan membuatkan beliau tekad untuk muncul semula dalam program berkenaan. Nasib tidak menyebelahi beliau apabila tersingkir awal daripada program tersebut. Namun benarlah kata pepatah tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu.

Selepas tersingkir Elly Mazlein yang kini lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom lebih menyerlah sebagai pengacara. Bermula dengan karakter lucu yang dibawanya dalam drama Kampung People dan sebagai wakil netizen ketika program Big Stage, beliau terus diberikan peluang untuk mengacarakan beberapa program hiburan seperti Meletop, Muzikal Lawak Superstar dan Borak Kelamin.

Rezeki yang melimpah ruah yang dikurniakan kepada beliau itu membuatkan dirinya merasa terpanggil untuk menghulurkan sedikit sumbangan buat individu yang kurang bernasib baik dan pendapatan mereka terjejas di sebabkan perlaksanaan PKP oleh kerajaan.

Menerusi instagram, Kak Lina telah menyuarakan hasratnya itu menerusi sebuah video pendek. Video berkenaan antara lain meminta kejujuran daripada mereka yang ingin memohon bantuan daripada beliau. Kak Lina akan sedaya upaya membantu setakat yang dirinya mampu.

Kak Lina juga berkata sekiranya ada rezeki lebih selepas PKP beliau akan berusaha untuk menghantar bantuan ke kawasan luar daripada Kuala Lumpur.

Bagaimanapun terkini Kak Lina telah berkongsi di instagram story komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen yang kurang senang dengan tindakan beliau apabila mempertikaikan hebahan yang dilakukan Kak Lina menerusi instagram.

Netizen tersebut juga sempat memetik nama arwh pelawak Pak Yus daripada kumpulan Jambu yang memberikan bantuan tanpa pengetahuan orang lain.

Tidak berdiam diri, Kak Lina membidas kembali komen netizen tersebut yang dirasakan tidak wajar kerana jika tidak dihebahkan bagaimana orang ramai akan tahu mengetahui bantuan yang ingin dihulurkan oleh beliau.

Kak Lina juga turut mengambil pendakwah terkenal Ebit Lew sebagai contoh yang sering memberikan bantuan kepada orang ramai.

Begitulah sikap manusia, ada sahaja yang kurang senang dimata mereka sehinggakan Kak Lina yang ingin berbuat baik dengan menghulurkan bantuan juga ditegur.Apatah lagi jika membuat perkara yang tidak elok.

Jngan dihiraukan pandangan orang Kak Lina, yang penting Kak Lina ikhlas untuk membantu orang ramai. Semoga urusan Kak Lina sentiasa dipermudahkan.

Sumber : Instagram elly mazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!