“Lepas tgk video ni, xjd aku balik kampung” – Netizen

Sejak menularnya cvd, negara telah mengamalkan langkah Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan pergerakan orang ramai supaya w4bak berkenaan tidak merebak secara mendadak. Namun begitu perlaksanaan PKP yang berterusan sepanjang 2 tahun yang lalu membuatkan orang ramai tidak dapat berjumpa apatah lagi bila tibanya musim perayaan tidak dapat pulang beraya untuk meraikan bersama orang tersayang.

Berlainan pula suasana pada tahun ini apabila selepas memasuki fasa endemik, negara juga mengambil langkah untuk tidak lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kemeriahan sambutan perayaan aidilfitri tahun ini juga diserikan lagi dengan pelbagai versi lagu raya yang di lancarkan oleh artis dan penghibur dalam negara.

Musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi bakal menjadi perayaan yang paling meriah tahun ini kerana setelah hampir 2 tahun tidak dapat pulang beraya akhirnya tahun ini tiada lagi sekatan pergerakan ketika musim perayaan.

Terkini, usahawan kosmetik terkenal yang kini juga telah bergelar penyanyi iaitu Dato Seri Vida pula bakal melancarkan lagu raya terbaru.

Berkongsi perihal tersebut menerusi sedutan video pendek di Instagram, beliau berkata, lagu raya nyanyian beliau yang berjudul Muah Muah Raya bakal di lancarkan pada tepat jam 11 malam ini.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Dato Vida berkongsi rasa teruja beliau menantikan reaksi orang ramai terhadap lagu berkenaan. Menurut Dato vida lagi, beliau yakin bahawa lagu berkenaan bakal menjadi bualan ramai.

Namun begitu, berlainan pula suasana apabila menjengah keruangan komen posting berkenaan, para Netizen berbahagi pandangan mengenai video klip lagu raya nyanyian Dato Vida itu.

Di dalam video ringkas yang dikongsikan Dato Vida, beliau memakai solekan yang sangat tebal malahan gaya fesyen yang diperagakan juga dilihat serba tidak kena dengan maksud sebenar sambutan aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia.

Rata-rata Netizen mengkritik lagu dan sedutan video klip lagu raya nyanyian Dato Vida itu. Antara komen Netizen adalah mereka lebih gemar mendengar lagu raya lama kerana muzik dan lirik lagu yang dinyanyikan kedengaran lebih traditional seiring dengan budaya melayu.

Melihatkan komen-komen Netizen yang agak negatif, ada juga Netizen yang menasihati beliau supaya mengelakkan membuat gimik berlebihan sehingga mengundang kata kata yang kurang enak ketika umat islam masih lagi berada di Bulan Ramadan.

“Ya Allah.. apa sudah jadi dengan kau dato..carilah idea supaya orang tidak nampAk Dato macam b4dut..sorry to say” – Netizen

“Kadang kadang saya terfikir…perlu ke buat sst yg merendahkan diri kita dimata manusia apatah lagi didepan sang PECIPTA hanya utk komersial marketing…kita yang letakkan diri kita ditempat yang tak sepatutnya….

bukan Salah siapa2,tapi salahkan diri kita kalau kesan perbuatan kita akhirnya memakan balik diri sendiri tidakkiralah didunia, akhirat itu PASTI….tk care semua…Selamat meneruskan Ibadah Dan moga2 Allah bebaskan nama kita Dari menjadi ahli neraka…. wallahuallam.”- Netizen

“Taubat la.. Bulan puasa ni.. Jgn lak kasi org tengok awak macam bad0t.. Kesian saya tengok kan.. Nak popular pun jgn la sampai nampak bod0h lak.. Maaf Kalo kata kata ni kasar di baca..” – Netizen

Adakalanya pendapat yang diluahkan oleh Netizen itu ada kebenarannya. Sebagai seorang yang dikenali ramai, Dato Vida juga perlulah mengambil maklum akan Komen Komen yang membina daripada Netizen supaya dapat memperbaiki diri di masa akan datang.

Sumber: ig dato vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!