“Untung nurse tu, Amy Search nyanyi live untuk dia”- Netizen

Bila sebut sahaja nama penyanyi legenda r0ck Amy Search, pasti lagu Isabella nyanyian Amy Search terngiang-ngiang di ingatan kita semua. Kegemilangan Amy Search, bapa kepada pelakon Nabila Huda pada suatu ketika dahulu menjadi sebahagian memori terindah buat peminat-peminatnya. Kumpulan Search juga antara band yang cukup popular sejak ditubuhkan pada 1981 itu.

Hampir empat dekad penubuhan kumpulan Amy Search sehinggalah Amy membuat keputusan mengundurkan dirinya daripada kumpulan Search pada tahun lalu atas sebab faktor umur dan mahu fokus ke arah perniagaannya.

Bercerita mengenai penyanyi yang berasal dari Johor itu, kemunculan Amy Search di pusat vksinasi sedikit sebanyak menceriakan peminat-peminatnya yang terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Perkongsian video oleh anaknya, Nabila Huda menerusi Instagram telah menjadi perhatian ramai apabila Amy dilihat menyanyikan lagu Isabela sambil menerima sntikan vksin daripada dktor.

Walaupun sudah memasuki umur 60an, suara Amy tetap menjadi pujaan hati peminat-peminatnya. Bertuah sungguh petugas barisan hadapan yang dapat dengar nyanyian live dari penyanyi rOck Malaysia itu.

Video Amy yang menyanyikan lagu Isabela buat petugas barisan hadapan yang dikongsi Nabila Huda telah menerima 400 ribu tontonan dan ratusan komen daripada netizen.

Rata-rata netizen teruja melihat Amy Search yang kelihatan steady walaupun disntik vksin. Ramai netizen juga nampaknya ‘cemburu’ melihat dktor dan jururwat berpeluang mendengari nyanyian Amy Search.

Dalam kita tidak sedar, penubuhan kumpulan Amy Search telah mencapai empat dekad. Nostalgia kumpulan Amy Search masih tersemat di dalam ingatan peminat-peminatnya. Semoga yang baik-baik buat penyanyi legenda ini.

Sumber: Instagram kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!