“Dia belum tau Atoknya tu hero Malaya” – Netizen

Di kala mencecah usia 56 tahun, sekali pandang kelibat aktor menjadi lelaki idaman Malaya ini tak banyak beza ketika namanya sedang mencanak-canak menjadi rebutan pengarah filem. Siapa saja peminat seni tempatan yang tak kenal dengan Datuk Rosyam Nor. Sehingga kini dia masih aktif di layar perak. Siapa sangka walaupun nampak macam abam-abam, rupanya beliau sudah bercucu.

Begitupun tak kurang netizen seperti dalam hantarannya ini yang tak dapat ‘menerima’ kenyataan bahawa Rosyam nampak macam seorang Atok. Pendek kata ketrampilannya masih nampak muda.

Ya lah… kalau lelaki biasa yang sudah beranak pinak dan bercucu kan lazimnya berkepala ala padang golf, bahkan perut juga maju di hadapan. Tapi sekali pandang ia tak ada pada Rosyam.

Untunglah Datuk… pandai jaga badan… Tengok saj4lah gayanya memimpin cucu kesayangan. Ramai kata nampak macam bapak-bapak saja… tak macam atok-atok… Boleh macam tu…?

“Dia belum tahu atoknya tu her0 Malaya”, “ Untung nanti g sklh kwn tnya atok ko spe? Rosyam Nor”, “Antara lelaki setia thdp isterinya yg aku sanjungi…”, “Atuk dah declare hero pertama dia.. mamaabah jgn m4rah2 cucu ni dpn atuk eh…”.

Itu antara komen netizen. Terdahulu dalam kapsyen hantarannya, Rosyam membayangkan cucunya itu ‘her0 pertamanya’ serta mendoakan langkah si kecil itu mendapat rahmat di dunia dan akhirat.

Tentu maksud Rosyam ‘hero pertama’ itu ialah cucu pertama dirinya dan isteri, Datin Runika Mohd Yusof. Difahamkan cucu lelakinya itu dilahirkan pada November 2021.

Sebelum hero pertamanya itu, Rosyam sudahpun dikurniakan dengan kehadiran tiga cucu perempuan dan sebenarnya sudah bergelar atok sejak usianya 46 tahun lagi.

Kini cucu sulungnya Hanan Adraa berusia 10 tahun, Haura Ameena, 6, dan Humaira Auliyaa, 4. Mempunyai lima cahaya mata, Rosyam pernah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records sebagai Pelakon Yang Paling Banyak Menerima Anugerah.

Apa pun memang layak digelar hero Malaya. Lihatlah layanannya pada isteri, walaupun dikejar ramai wanita cantik, tak pernah pula kita dengar sebarang kontroversi ‘buat hal’ dirinya hingga hari ni. Pandai layan cucu lagi…

Sumber : IG Datuk Rosyam Nor

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!