“Haha lawak Maryam kecek, Set4n keluarlah” – Netizen

Dalam urusan harian yang banyak menggunakan media sosial atau digital sudah tentu acap kali perlu berkomunikasi melalui platform itu. Penggunaan bahasa dan tulisan pun agak berbeza jika dibandingkan penggunaan surat rasmi atau tak rasmi suatu ketika dulu. Begitupun dalam berinteraksi era maya ini, kadang kalau j4ri tu ‘besar’ selalulah berlaku typo pada tulisan.

Masalahnya typo tu pulak membawa lain maksud. Macam apa yang dikongsikan selebriti media sosial Duriankumchi, Maryam You Narae ini. Lihat saj4lah video dan tulisan dikongsikannya ini.

Agaknya ketika sedang buat reviu membancuh air minuman, terdapat netizen bertanyakan sama ada air digunakan adalah air suam. Tapi gamaknya typo dalam ejaan netizen, tertambah pula huruf ‘i’ pada hujung ‘air suam’.

Jenuh dia berfikir, penyudahnya Maryam ingatkan apa dimaksudkan netizen tersebut ‘air suami’. Pun demikian, rasa pelik, dia kembali terfikir apa dimaksudkan netizen tadi sebenarnya air suam. Adeh…

Yang lucunya Maryam mengakui dia sudah terfikirkan ‘benda lain’ bila membaca tulisan ‘air suami’ itu. Sampaikan baca bismillah dan berulang kali mahu menghalau fikiran ‘set4n’ dalam kepalanya…

Yalah… bagi orang dah dewasa pasti faham apakah yang dimaksudkan dengan ‘air suami’. Mujurlah kepala Maryam cepat ‘menangkap’ apakah yang dimaksudkan oleh netizen berkenaan.

“kelakarnye la maryam ni”, “Napa ada org x suka Maryam. Saya suka Maryam. Maryam natural kelaka”, “Aku repeat 3x tgk gelagat dia.. Comel..”, “berpusing otak maryam pikir”, “aduh maryam kita pun fikir kotor”.

“Lawak Maryam kecek… Set4n keluarla”. “Maryam dah buat saya gelak ”, “Comell nk pengsann..”, “Hahahahahhaa you’re not alone maryam hahaha”, “P4rah xpasal2 set4n di persalahkn”. Itu antara komen netizen.

Apa pun sejak mendirikan rumah tangga dan baharu bermaustatin dua tahun lebih di negara ini kerana mengikut suaminya, Ryzal Ibrahim, Maryam semakin fasih berbahasa Melayu.

Lebih menambahkan pengikut yang menyukainya kerana bukan sahaja cepat belajar bahasa itu, Maryam juga lucu secara semulajadi orangnya. Memang terhibur tengok gelagat ibu anak satu ni…

Sumber : IG Maryam You Narae

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!