“Mesti pasni dia xnak dtg Malaysia lagi haha” – Netizen

Melihat aktor lelaki antarabangsa ini dalam filem lagak aksi, memang ramai yang teruja dengannya. Hingga kini lakonannya dalam filem kungfu IP Man memberi kesan mendalam hinggakan nampak saja kelibat wajah pelakon, Donnie Yen ramai menggelarnya dengan nama IP Man. Bukan saja netizen, selebriti tempatan yang juga penyampai radio, Azad Jazmin atau Pak Azad pun teruja…

Bertemu Donnie ketika lelaki itu datang ke negara ini bagi mempr0mosikan filem aksi Sakra, Pak Azad juga berkesempatan merakam momen dengannya. Lihat saj4lah gelagatnya ketika berjumpa Donnie.

Turut ‘menyokong’ di belakangnya DJ Radin Era. Yang bestnya tu… Donnie siap menghadiahkan senyuman lebar dan tepukan buat Pak Azad yang cuba beraksi kungfu macam Donnie.

Entah apa cuba dilakukannya itu dengan menunjukkan aksi seakan nak berkungfu seperti dalam poster promosi Sakra yang ada dekat mereka itu, mesti Donnie tak sangka ada peminatnya yang sedemikian rupa di negara ini.

Apa pun ramai juga netizen menyifatkan Pak Azad dan krew beruntung dapat berjumpa pelakon lejen yang tampak masih segak bergaya umpama tak dimamah usia itu. Bukan semua dapat peluang itu.

“Perghhhhh new level lah hang tok ayah”, “I wonder what’s his mind voice … ”, “Mesti pasni die taknak dtg malaysia lg HAHAHA”, “best nya dapat jumpe shifu IPman..”, “Hahaha tak jadi..muka hang jadi lawakk”.

“Damnn… Donnie Yen tu…”, “Bang donnie..bagi pak azad sebijik bang..geram pulak aku tgk ”, “Wah sifu bertemu sifu lah”, “Bertuahnya mamu. Itu antara komen dan usikan netizen. Yang pasti ramai juga jeles Pak Azad dapat jumpa Donnie Yen.

Sempat juga isterinya, Eira Syazira men1nggalkan komen ‘Oh no’ di ruangan komen hantarannya itu. Barangkali dia juga terkesima dan tak sangka suaminya dapat bertemu dan beramah mesra pula dengan ‘IP Man’.

Donnie Yen, pelakon terkenal Hong Kong itu dikhabarkan  berkunjung ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya pada 13 dan 14 Januari ini sekaligus mempromosikan filem terbaharunya itu.

Tentu ini pun sempena Tahun Baharu yang dah dekat. Ini kunjungan terbaharu Donnie setelah kali terakhir dia datang ke Malaysia sekitar 2019 bagi mempormosikan filem blokbuster Ip Man 4: The Finale.

Sumber : IG Azad Jazmin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!