“Gambar last betul2 mcm patung barbie bertudung”- Netizen

Saban tahun, tarikh 11 Januari sentiasa di ingati sebagai tarikh lahir kepada penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti. Para peminat setia beliau tidak lupa untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran penuh makna buat pelantun lagu Cindai itu. Menjengah ke ruangan Instagram peribadi beliau, ramai peminat setia yang meningg4lkan ucapan dan doa buat Tokti dan mengharapkan agar penyanyi tersebut sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Bersempena hari kelahiran Tokti itu, selebriti tersebut telah diraikan dalam satu majlis makan malam bersama keluarga dan juga kakitangan syarikat beliau. Anak dan menantu Tokti juga turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Pada usia beliau mencecah 43 tahun kini, selebriti itu kini telahpun mempunyai dua orang buah hati meskipun pada awal perkahwinan beliau dahulu, beliau dan suaminya di kurniakan zuriat agak lewat.

Walaupun memperoleh anak sulung di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yg secukupnya buat kedua- dua anak beliau. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat anak- anaknya.

Tokti kini menjalani hari- hari bahagia bersama anak- anak tersayang setelah penantian beliau bersama suami iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa untuk mendapatkan zuriat sulung berakhir apabila dikurniakan Siti Aafiyah sekitar 4 tahun lalu.

Keluarga penyanyi kesayangan ramai itu juga semakin bertambah apabila dikurniakan pula anak lelaki yang di namakan Muhammad Afwa ketika bulan Ramadhan tahun lalu.

Sudah lumrah bergelar selebriti popular, apa jua tindak tanduk penyanyi kesayangan ramai ini kerap menjadi perhatian masyarakat kita. Iyalah, kalau sudah namanya bergelar selebriti tanah air, apa jua yang di kongsikan di media sosial pasti akan menarik perhatian para netizen untuk memberikan reaksi mereka terhadap perkongsian berkenaan.

Setelah selesai majlis meraikan sambutan hari lahir Tokti dalam satu majlis makan malam, terkini Tokti berkongsikan pula gambar- gambar di sekitar majlis minum petang serta sambutan hari lahir beliau pula.

Menariknya tema majlis minum petang tersebut adalah patung Barbie dan majlis berkenaan juga di adakan di Barbie Café di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat.

Malahan Tokti sangat aktif di media sosial apabila sentiasa berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.5 juta orang para pengikut.

Perkongsian terkini Tokti yang memaparkan tema patung Barbie itu telah menarik perhatian warganet. Kejelitaan wajah penyanyi nombor satu negara itu begitu menyerlah dengan mengenakan pakaian berwarna merah jambu. Seolah- olah tidak di makan dek usia, Tokti tetap kelihatan muda dan jelita walaupun sudah menginjak usia 43 tahun.

Gambar yang dikongsikan juga memaparkan Aafiyah turut teruja dengan tema Barbie dan kelihatan sangat gembira dapat turut sama berkongsi kegembiraan meraikan hari ulang tahun kelahiran ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut terpukau dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara itu. Malahan ada di antara gambar- gambar yang dikongsikan Tokti memperlihatkan wajah beliau yang mirip dengan patung Barbie namun versi mslimah bertudung. Berikut pula dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para peminat di ruangan komen.

Muka Tokti sangat natural beauty. Daripada zaman lagu Jerat Percintaan sampailah sekarang dah anak dua orang masih tetap nampak muda remaja.

Bukan sahaja cantik malahan keperibadian penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati juga sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!