“Sedak jari-jari ramas nasi”- Netizen

Kepandaian anak-anak bermulanya dari didikan bapa mereka sendiri. Tatkala melihat anak-anak semakin membesar, sudah tentu kita mahu melihat perkembangan anak-anak ke arah yang positif. Begitu juga buat selebriti Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad yang juga menginginkan satu-satunya cahaya mata lelaki mereka iaitu Jebat Jayden membesar dengan sihat juga cerdik.

Melihat pada perkembangan Jebat, si cilik ini sudah petah bercakap dengan ibu bapanya meskipun baru berusia 4 tahun.

Perkembangan Jebat dari bayi hinggalah sekarang telah diikuti dan dilihat sendiri oleh pengikut setia Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad sejak dahulu lagi.

Telatah comel Jebat membuatkan ramai netizen suka melihat anak kecil ini. Malah populariti Jebat pun boleh setaraf Mummy Baba dia tau..

Ada sahaja gelagat Jebat yang mencuit hati lebih-lebih lagi apabila berganding bersama Sharnaaz. Bapak borek anak rinti

Sementara itu,baru baru ini gelagat Jebat dikongsi menerusi instagram Jebat sendiri yang dikendalikan oleh ibu bapanya. Jebat dirakam ibunya yang menunjukkan Jebat sedang khusyuk makan nasi beserta kicap dalam keadaan comot. Tengok Jebat ni comel betul..

Video Jebat menerima pelbagai respon dan rata-ratanya teruja melihat Jebat yang sudah petah berkata-kata dengan ibunya.

Semoga Jebat jadi anak yang baik, ramai mendoakan yang terbaik buat Jebat tau..

Sumber: Instagram jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!