“Kahwin yg entah ke berapa ratus kalinya dalam drama”- Fasha Sandha

Penangan hebat lakonan Fasha Sandha dalam setiap drama dan filem pasti memiliki tontonan yang ramai. Maka tidak hairanlah apabila Fasha banyak memegang watak utama dalam banyak drama tempatan. Fasha antara pelakon yang banyak pengalaman dan sudah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak awal muda remaja dahulu. Mesti anda pun suka tengok lakonan Fasha Sandha kan?

Sehingga kini, Fasha banyak memegang watak utama meskipun beliau sibuk dengan menguruskan rumah tangga dan anak-anaknya. Lakonan beliau juga masih hebat di dalam setiap drama.

Fasha juga sudah banyak berganding dengan ramai selebriti tempatan dan memegang pelbagai jenis watak. Siapa yang mengenali Fasha, mereka sudah tahu cara kerja beliau yang cukup teratur dan orangnya juga berdisiplin dalam bekerja.

Oleh sebab itu, Fasha masih kekal lama dalam bidang lakonan dan masih dilamar banyak syarikat produksi tempatan.

Siapa sangka, Fasha sendiri mendedahkan beliau sudah ‘berkahwin’ beratus kali dalam drama. Dari situ kita sudah tahu Fasha memang banyak pengalaman berlakon.

Sehinggakan sudah banyak kali berkahwin katanya hehe.. Nampak betul Fasha dah lama berlakon dan masih menjadi herooin dalam sesebuah drama kan..

Fasha berkongsi sebuah video yang menunjukkan dirinya lengkap dengan busana pengantin berwarna putih. Memang ada aura pengantin baru pada Fasha ni.

Perkongsiam video oleh Fasha itu adalah sekadar ingin mempromosikan drama terbaru lakonannya iaitu drama Rampas Cintaku yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Selain Fasha, turut sama berganding dalam drama tersebut ialah Afieq Shazwan selaku watak utama dan ramai lagi.

Tak sabarnya nak tengok Fasha ‘kahwin’ lagi. Mesti cantik berseri-seri kan.. Fasha pun awet muda , tak dimamah usia langsung.

Sumber: Instagram Fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!