“Dari jauh seram ehhh” – Netizen

Setiap anak pasti mempunyai kecenderungan yang tersendiri. Kadang ramai anak mempunyai minat biasa-biasa terhadap sesuatu perkara, ada kalanya sesetengah mereka mempunyai minat unik yang tersendiri. Seperti anak kepada juruhebah radio yang juga pelakon, Sharifah Shahirah atau Shiera Ijoy ini, gemar betul dia berbusana cosplay ala watak anime dari negara matahari terbit.

Bukan sahaja sering memakainya di rumah, bahkan ketika berada di pusat peranginan tepi pantai ini pun, anak Shiera bernama Auddra ini akan berpakaian sedemikian. Itu dikongsikan Shiera seperti dalam video ini.

Sampaikan tanya Shiera dalam kapsyen hantarannya itu, bila nak basuh baju dipakainya itu. Apa pun memang comel sungguh laku anaknya dara seorang yang memakai cosplay hitam dan bertocang dua tersebut.

Pasti Auddra membayangkan dirinya yang sedang berada di alam animasi berkenaan. Yang pasti budak kan daya imaginasinya tinggi. Apa pun memang salute… berani orangnya. Tak semua budak nak berjalan macam tu di public kat lokasi biasa.

“Aduh odah odah”, “Buy her another one shieraijoy so she can alternate wearing one while the other is being washed”, “Anak2 umur ni mmg suka mencuba apa yg dia suka.. tunggu dia matang sikit nnti, mesti dia gelak tgok gambo sendiri”, “Org nmpk terkejut

Itu antara komen netizen buat anak ketiga Shiera dan suaminya Ijoy Azhari yang baharu berusia 13 tahun ini. Yang pasti sering berkongsi keletahnya di medsos, perangai Auddra yang unik menarik perhatian.

Lebih lagi tatkala Shiera memanggil anaknya itu dengan panggilan Oddah walaupun nama sebenarnya Auddra, terdengar lucu bila digelar sedemikian. Tak padan nama dengannya yang gemar berbicara dalam bahasa Inggeris.

Apa pun memang unik dan kelakar anak beranak ni. Tak kurang juga netizen yang memberikan respons di ruangan komen akan panggilan pada Auddra yang digelar Oddah oleh Shiera ini.

Biar apa pun, moga yang baik-baik saja buat anak kecil ini ya. Ya lah… baharu setahun jagung. Pada peringkat usia anak-anak sebegini semestinya masih di alam ‘fantasi’ dan berimaginasi tinggi. Bijak betul anak ni.

Pada perkahwinan pertama Shiera dikurniakan anak perempuan bernama Alisya. Perkahwinan kedua bersama Ijoy pada 2003, mereka diserikan dengan kehadiran empat orang cahaya mata, Airel (lahir pada 2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016).

Sumber : IG Shiera Ijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!