“Haha sama naik Yusry dgn adik2” – Netizen

Tempat jatvh lagikan dikenang, ini pula tempat ‘bermain’ movie. Pelbagai keletah dapat dilihat di medsos daripada anak-anak muda yang juga lima sekawan terlibat dalam movie Nenek Bongkok 3. Menariknya kerana waktu penggambaran drama yang mengambil masa agak lama, terlihat keakraban antara mereka di lokasi shooting seperti dikongsikan para pelakonnya seperti Syafie Naswip ini di medsosnya.

Berkongsi antara ’scene’ yang ada, video hantaran Syafie ini nampaknya menancap pandangan netizen dengan kelibat penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim.

Lamanya tidak mendengar suara lelaki ini menghiburkan peminat di pentas nyanyian. Jika dahulu dia bersama dua lagi saudaranya terkenal dek KRU, kini dia nampaknya lebih banyak berada di belakang tabir.

Agak mencuit hati juga dalam perkongsian ini apabila pada mulanya menampakkan beberapa pelakon termasuk Syafie yang mahu menari mengikut rentak lagu KRU, namun kemudian ‘dimarahi’ Yusry, mungkin dek tak kena gaya.

Tak lama, tak semena-mena terus Yusry menunjukkan langkah menari yang betul kepada budak-budak itu yang sebelum itu dilihat agak lemau dan sendu. Datang Yusry terus bersemangat semuanya.

https://www.instagram.com/p/ChPlTUlg5P1/

“Apoo,korang berembat macam X menjadi je,sekli masuk abgyusri baru,woowww, korang kena berlajar Dr abgyusri nie,menari..”, “Hahahaha sama naik yusry dengan adik2”, “cool nak mampus LOL”,”wow bestnya h1lang stress kat tempat keje”. Itu antara komen netizen.

Rupanya ramai yang teruja tengok Yusry menari ya. Melihat anak-anak muda yang ada chemistry ini, tak kurang yang mencadangkan agar kumpulan rap KRU ini ‘dihidupkan’ kembali.

Untuk info, Yusry bersama dua beradiknya Norman dan Edry menubuhkan kumpulan KRU pada 1992. Album sulung kumpulan ini, Canggih dikeluarkan pada tahun yang sama. Antara lagu nyanyian Datuk Yusry bersama KRU ialah “Awas”, “Apa Saja”, “I’ll Be Waiting”, “The Way We Jam” dan lain-lain.

Pada 2003, Yusry melancarkan album solo pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu “Dekat Padamu” dipilih sebagai single solo pertama Yusry.

Begitupun, pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran kumpulan ini selepas persembahan terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018.

Sumber : IG Syafie Naswip

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!