“Nampak sgt baru keluaq kotak tu sibaittt” – Sharnaaz Ahmad

Kalau dah namanya kawan baik, pasti ada sahaja benda yang nak ‘dikenakan’ pada kawan tu. ‘Gadvh-gadvh’ manja tu biasa. Kalau orang luar yang tak tahu mereka berkawan dan pertama kali dengar atau membaca di medsos cara mereka berbicara mesti ingat diorang sedang bercakaran. Itulah yang berlaku antara dua pelakon lelaki popular ini.

Sejurus memuatnaik hantaran di media sosialnya, Sharnaaz Ahmad terus menempek kata di ruangan komen Shukri Yahaya atau Shuk. Kata Sharnaaz, kasut ditayang oleh Shuk itu kelihatan baharu keluar kedai.

Terus Shuk membalas komen tersebut dengan mengiyakan bahawa kasut itu baharu keluar kedai dan mempersoalkan apa masalahnya. Gamaknya, merasakan dirinya memberikan komen sedemikian sebagai seorang netizen, Sharnaaz mempertikaikan Shuk ‘jiwa tak cukup kental ke?’ (dengan komen beliau).

Sempat Shuk ‘mengugut’ untuk membocorkan rahsia Sharnaaz disebabkan komennya itu. Hero drama popular 7 Hari Mencintaiku itu turut ‘mengingatkan’ Sharnaaz agar sarang tebuan jangan dijolok.

Begitulah… dah namanya kawan baik ada-ada sahaja mereka ni ya. Apa agaknya rahsia Sharnaaz yang dipegang Shuk tu…? Adakah wanita yg bakal jadi sebahagian tulang rusuknya? Siapa tahu kan… Sama-sama kita tunggu.

Netizen yang baik hati pun ada mendoakan agar persahabatan Shuk dan Sharnaaz berpanjangan selamanya dan ada pula yang mengakui suka melihat hubungan kawan kedua-dua mereka.

Menariknya, dalam pada itu ramai pula yang ‘menegur’ rambut Shuk yang kelihatan panjang separas bahu. Tak kurang yang memintanya memotong rambut agar kelihatan lebih kemas dan segak. Apa pun mesti Shuk ada sebab tersendiri mungkin dek kehendak kerja.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Yahaya lahir 13 Jun 1988 memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Beliau membintangi beberapa drama bersiri tempatan yang berjaya meraih rating tinggi.

Sharnaaz yang dilahirkan pada 30 Ogos 1985 pula mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri Tari Tirana.

Biarpun bermula menerusi watak ringan, nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila diberi peluang membawa watak serius. Kini beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya.

Sumber : Ig Shukri Yahaya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!