“Siapalah jodohnya tu kan Zara” – Netizen

Semakin hari, pelakon ini kian mendapat tempat di hati peminat, apatah lagi sejak cantik manis mengenakan hijab dua tahun lalu, pasti ramai jejaka di luar sana sudah memasang niat menakluki hati wanita ini. Begitupun, biarpun pernah diasak dengan tanda tanya siapakah gerangan buah hatinya, Zara Zya masih belum berkongsi jawapannya.

Baru-baru ini, tak kurang juga netizen yang acap ‘menjodohkannya’ dengan beberapa individu antaranya seperti usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa dan pelawak, Shuib tatkala melihat keakraban mereka.

Pun begitu, Zara yang pernah bertunang pada 2018 dengan pelakon Hafreez Adam, namun pvtus di pertengahan jalan ini tidak pernah pula secara terang berkongsi siapakan insan berjaya menambat hatinya selepas itu.

Terbaharu, tup tup… video hantarannya ini pula mengundang tanda tanya. Mana tidaknya tanpa memperlihatkan wajah siapa individu di sebelahnya itu, namun Zara dan ‘si dia’ mesra sekali.

Berpegangan tangan sambil bergelak ketawa dengan muka manis, video pula diselitkan lagu cinta dendangan kumpulan Ungu bertajuk ‘Tercipta Untukku’, macam Zara nak berkongsi berita gembira pula.

“Ehem…jodoh dah dkt dah tu”, “Hehem….siapkah?”, “Nk tgk jodoh bulehh”, ‘Jgan lambat²….rugi masa”, “Tunjuk la siapa tu. Yb ke?”, “Siapa jejaka bertuah tu zarazya?”. Itu antara komen netizen.

Nampaknya memang ramai yang tak sabar nak tahu dan teruja melihat muka insan terpilih berkenaan. Jika benar Zara sudah mempunyai jodoh dan pilihan hati, mesti ramai yang menunggunya nangis tepi bucu katil kan…

Biarpun demikian, ramai juga yang turut mendoakan agar Zara dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik dan dipermudahkan segala urusan untuk mencari teman hidup till jannahnya.

Jika benar dalam video ini orangnya, ramai berharap Zara dapat belanja gambar wajahnya pula ya. Apa pun moga dipermudahkan urusan buat Zara. Kalau dah jodoh pasti tak ke mana.

Populariti Zara meningkat naik apabila memenangi banyak anugerah melalui Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Drama Festival KL dan ABPBH 2012.

Semenjak itu, ramai membuka mata terhadap kemampuannya hingga Zara mendapat pelbagai tawaran daripada pelbagai produksi drama dan filem.

Sumber : IG Zara Zya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!