“Dari jauh ingatkan pakai tudung saji” – Netizen

Bukan artis lah kalau tidak bergaya sakan kan. Penampilan diri merupakan perkara terpenting jika sudah bergelar selebriti. Sebab nanti kalau pakai selekeh ada yang mengata pula. Tetapi kalau pakai terlebih gaya pun boleh menjadi topik gossip dan bualan. Kalau asyik memikirkan orang lain memang takkan habisnya. Jadi, berpakaianlah mengikut apa saja yang kita suka.

Anak kelahiran Kedah ini memang sudah terkenal dengan kecantikannya dari dahulu hinggalah sekarang. Rozita Che Wan yang dahulunya merupakan bekas pramugari MAS ini kini lebih menumpukan perhatian kepada perniagaannya berbanding dengan dunia hiburan.

Pernah membuat berbagai jenis perniagaan dahulunya, kini Che Ta sedang hits dengan jualan inai dan kosmetik lisptik. Dipuji kerana menjual barang dengan harga yang mampu milik, Che Ta mendapat banyak komen positif sejak kebelakangan ini dengan perniagaan terbarunya itu.

Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa Che Ta pasti sudah tahu dengan gaya pemakaiannya yang tidak pernah kalah seperti model setiap hari. Gambarnya yang penuh dengan gaya memang sering dikongsi setiap hari bersama peminat.

Lain pula jadinya kali ini, apabila gaya pemakaian Che Ta dikatakan seperti seorang ninja dan seperti memakai tudung saji di kepala. Video dengan topi besar di atas kepalanya itu telah menarik perhatian orang ramai yang merasa lucu melihat gayanya itu.

Video itu dikongsi oleh Che Ta di Instagramnya ketika sedang bercuti bersama keluarga di salah satu resort yang terletak di Johor. Mengenakan pakaian berona hijau dan putih, keluarga yang lain juga turut memakai warna tema yang sama seperti Che Ta.

Walaupun begitu, Che Ta tetap dipuji cantik oleh orang ramai. Malah ada yang memanggil Che Ta sebagai Rosalinda Malaysia, dek kerana lagu latar yang digunakan oleh Che Ta pada videonya itu merupakan lagu latin yang bertajuk Rosalinda.

Siapa je berani pakai topi sebesar gajah macam Che Ta pakai tu. Tapi tetap cantik dan anggun Che Ta la pakai apa pun. Lepas ni mungkin Aaisyah pula yang ganti pakai topi mummynya kan.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!