“Balik dari pengambaran cita ni la, suami kami di landa saakit misteri” – Almy Nadia

Setelah hampir lebih enam bulan lamanya para artis tanah air tidak dapat melakukan aktiviti penggambaran yang sekaligus merupakan mata utama pencarian bagi mereka kini akhirnya dapat menghela nafas lega. Para artis dan team produksi yang sebelumnya merungut dengan kenyataan bahawa mereka telah hiilang punca pendapatan sekarang telah mula giat melakukan penggambaran setiap hari.

Berita terbaharu mengenai Fizz Fairuz telah mengejutkan ramai pihak terutamanya para peminat melalui perkongsian di laman Instagram isterinya iaitu Almy Nadia. Almy Nadia mendakwa bahawa suaminya itu telah terkena saakit misteri sehingga menyebabkan Fizz Fairuz tidak makan dan minum selama dua minggu lamanya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Almy Nadia bahawa Fizz Fairuz berkeadaan begitu sejak dia pulang dari penggambaran rantaian drama lakonan terbarunya iaitu Misteri Topeng Barongan yang kini disiarkan di Astro Ria.

Bukan sahaja tidak mahu makan dan minum sehingga menyebabkan gaastrik teruk, Fizz Fairuz yang dahulunya merupakan seorang yang ceria juga dikatakan banyak berubah sikap menjadi pendiam.

Almy Nadia juga berkongsi di ruang ‘story’ Instagramnya bahawa Fizz Fairuz sudah menjalani rawaatan bersama abang iparnya serta ustaz di tempat penggambarannya itu iaitu di Kampung Sahom, Gopeng Perak.

Sebagai seorang isteri, Almy Nadia mengaku bahawa dia berasa sangat sedih sekarang sehingga menaangis setiap hari memikirkan keadaan suaminya yang telah berubah sikap terhadap isteri mahupun anak-anak.

Dengan keadaan dirinya yang sekarang sedang sarat mengandung anak keempat itu pasti menyukarkan lagi dirinya untuk mengawal perasaan sedihnya itu.

https://www.instagram.com/p/CUKpDrBDdNw/?utm_medium=copy_link

Terkesan dan prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh Almy Nadia, ramai netizen dan peminat yang memberi kata-kata semangat untuknya agar terus kuat demi anak-anak dan tidak lupa juga mendoakan agar Fizz Fairuz segera pulih dari saakitnya itu.

Dianggap sebagai suatu pekerjaan yang mudah, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa berlakon mempunyai cabaran yang tersendiri apabila para pelakon terpaksa bergadai untuk pergi ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya bagi menjayakan sesebuah filem atau drama itu sendiri lebih-lebih lagi bagi filem dan drama bergenre seram.

Diharap Fizz Fairuz segera diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan agar dapat kembali menjadi seorang suami dan bapa yang kini dirindui isteri serta anak-anak.

Sumber: Instagram Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!