“Detik pengenalan pengantin baru, haha part pasang alarm tu lawak”

Perkenalan yang singkat tidak menghalang penyanyi terkenal Zizi Kirana untuk membuat keputusan bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin. Perkenalan mereka berdua yang bermula di penggambaran program All Together Now Malaysia mulai serius apabila semakin rapat setelah saling bertegur sapa menerusi Instagram sejak Aidiladha yang lalu. Meskipun baru sahaja berkawan selama dua bulan, pasangan ini tidak menunggu lama untuk menghalalkan hubungan mereka.

Zizi, 36, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata, perbezaan usia tujuh tahun antara mereka berdua juga tidak pernah menjadi isu.  Mereka berdua juga mengikat tali pertunangan secara virtual pada 29 Ogos yang lalu.

Kongsi Zizi lagi, beliau mengakui tertarik dan menyenangi sikap suaminya yang sopan santun dan matang berbanding usia sebenarnya. Malahan kongsi Zizi lagi beliau menyenangi sikap Yusof yang sudi menerima diri beliau seadanya.

Sebelum ini telah tular satu rakaman video siaran langsung di Instagram yang memaparkan Yusuf telah memanggil Zizi dengan panggilan sayang sekali gus menguatkan dakwaan pasangan ini sedang hangat bercinta.

Kongsi pasangan pengantin baru ini lagi, sepanjang dua bulan berkawan, mereka tidak berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon. Pasangan ini merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan di Melaka pada Disember depan.

Terkini di perkongsian instagram inaijari, satu rakaman video yang memaparkan wartawan daripada sinar plus sedang menemubual pengantin baru Zizi Kirana dan bertanyakan mengenai kisah perkenalan serta percintaan beliau dan suaminya Yusof Bahrin.

Pada mulanya Zizi seakan malu- malu apabila di usik oleh wartawan memandangkan beliau baru sahaja 4 hari bergelar isteri, Zizi berkata beliau masih dalam proses untuk menyesuaikan diri.

https://www.instagram.com/tv/CUHpaUCF4-P/?utm_medium=share_sheet

Menjawab persoalan wartawan mengenai perkenalan beliau dan suami, Zizi berkata mereka mula bertemu semasa sesi rakaman program All Together Now. Namun tidak pernah berbual panjang. Selesai sesi rakaman, baharulah mereka mula bertegur sapa menerusi media sosial.

Yusof pada mulanya menunjukkan minat namun kerana tidak mengesyaki apa- apa Zizi tidak mengambil serius komen dan sapaan daripada Yusof di media sosial beliau.

Sehinggalah Yusof yang sering kerap kali di lihat cuba mendapatkan perhatian Zizi, baharulah Zizi berkata beliau terdetik untuk membalas sapaan serta komen daripada suaminya itu. Perkenalan pendek mereka itu akhirnya berakhir di jinjang pelamin apabila Yusof tidak menunggu lama membuat tindakan berani untuk melamar Zizi  menjadi isterinya.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka sangat terhibur mendengar cerita yang dikongsikan oleh Zizi itu. Peminat berkata mereka turut tersenyum mendengar cerita kisah percintaan pasangan ini.

Walaupun pada awalnya Zizi sedikit lambat untuk memahami cara Yusof yang cuba memikat beliau namun kalau sudah jodoh tidak kemana. Berikut dikongsikan komen – komen netizen.

“Alahai sweettnyaaa.. kita pun sama tersengih sengih dengar kisah depa ni. Nk full punya xde ke? sronok dgr zize brcerita…apa pn moga mahligai yg di bina berkekalan hingga ke syurga..” – Netizen

“Bestnyaa. Mcm kpochi laak ak bila tgk video ni Hahaha. Syok denga org bercinta semut2 ni. P0tong kaki.“ – Netizen

“Sweet kan bila kenang semula detik2 perkenalan kan..mesti tido x lena time tu..wuiihh..happy dgr citer yg now dh halal. Slmt pgntin baru” – Netizen

Walaupun pada awalnya Zizi sedikit lambat untuk memahami cara Yusof yang cuba memikat beliau, namun benarlah kata orang jika ada jodoh pasti urusan akan di permudahkan. Ramai peminat yang merestui dan menyukai hubungan pasangan ini yang tidak menunggu lama untuk menghalalkan hubungan percintaan mereka.

Ternyata bercinta selepas berkahwin itu lebih indah. Apa- apa pun tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Selamat pengantin baru Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Sumber : Instagram inai jari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!