“Comel sgt Jebat tu, santai je dia sembang pasal adik Bilal”- Netizen.

Jebat Jayden merupakan satu-satunya anak kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila.  Jebat Jayden dilahirkan pada 30 Ogos 2018 dan kini si cilik itu sudahpun berusia hampir 4 tahun. Jebat Jayden juga turut mempunyai instagramnya sendiri dan diwujudkan khas oleh ibu bapanya untuk mengabadikan kenangan Jebat sewaktu masih kecil.

Tidak di nafikan kecomelan wajah Jebat Jayden dan telatah lucu kanak- kanak berusia 4 tahun tersebut begitu mencairkan hati orang ramai yang terpikat dengan telatah lucunya.

Walaupun jodoh kedua ibu bapa Jebat Jayden iaitu Sharnaaz dan Nabila tidak panjang namun mereka berdua masih berhubung secara baik demi kebaikan anak. Sharnaaz juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Perhubungan baik yang wujud antara mereka berdua itu cukup memberikan inspirasi kepada masyarakat supaya boleh berdamai dan mewujudkan hubungan yang baik antara bekas pasangan masing- masing walaupun sudah tiada jodoh demi kebaikan anak.

Jebat juga pernah tercalon di dalam Anugerah Meletop dalam kategori Si Cilik Meletop di sebabkan para peminat yang geram dengan wajah comelnya itu.

Nabila dan Sharnaaz sebelum ini menerima pujian daripada para netizen kerana berusaha mengajar Jebat Jayden untuk bertutur di dalam bahasa melayu dengan lancar berbanding bahasa inggeris.

Usaha Nabila dan Sharnaaz nampaknya berjaya menampakkan hasil apabila kini Jebat lebih selesa untuk bercakap dalam bahasa melayu dan sangat petah menyebut perkataan dalam bahasa melayu dengan betul.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram peminat Neelofa, satu video yang memaparkan Jebat dan Nabila sedang merakamkan satu video masakan telahpun di kongsikan. Secara kebetulan, Neelofa juga turut serta ketika mereka berdua merekodkan video berkenaan.

Melihat kelibat mak cik kesayangannya, Jebat kemudiannya terus bertanyakan mengenai sepupunya Muhammad Bilal. Neelofa secara spontan pula terus melayani gelagat anak saudaranya itu dengan menunjukkan video aktiviti harian yang sedang di lakukan oleh Muhammad Bilal.

Melihatkan gelagat comel Jebat berkenaan membuatkan warganet merasa sangat geram dengan keletah comel kanak- kanak berkenaan. Apatah lagi mendengarkan panggilan manja Jebat terhadap Neelofa iaitu Aunty Fofa.

Soalan yang di ajukan oleh Jebat berkenaan adik Bilal kepada Neelofa juga sangat santai dan mesra. Hubungan Jebat yang kelihatan sangat rapat dan selesa dengan Neelofa juga menunjukkan keakraban hubungan mereka sekeluarga. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata peminat juga terhibur dengan telatah lucu Jebat. Jebat yang juga sangat petah bercakap itu juga sering kali membuatkan para peminat tidak kering gusi dengan kata- katanya yang mencuit hati.

Akan ada sahaja yang di katakan oleh kanak- kanak berkenaan yang membuatkan kita sebagai orang dewasa merasa geli hati namun kagum dengan sebutan penuh yang di tuturkan Jebat dalam Bahasa Melayu.

Comel betul Jebat ni. Semoga Jebat Jayden akan membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kelurga dan agama. Mudah- mudahan juga Jebat akan sentiasa membangga dan membahagiakan ibu dan bapanya suatu hari nanti. InsyaALLAH.

Sumber: ig lofa world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!