“Memang semua yang b0tak ni dia ada special power ya” – Netizen

Buat mereka yang sudah kenal dengan pelawak terkenal negara bernama Achey ini, pasti sudah tahu dengan gelagat lucu yang sentiasa menghiburkan. Tidak hanya berbakat dalam membuat lawak sahaja, Achey juga sangat berbakat dalam nyanyian, lakonan dan pengacaraan. Memang pakej complete dalam dirinya itulah yang berjaya menaikkan namanya menjadi terkenal sehingga sekarang.

Ini terbukti apabila lagu bertajuk S4kit yang pernah menjadi lagu hits tahun lalu apabila jumlah tontonan di aplikasi Youtube juga berjaya mencapai hingga jutaan orang yang menonton. Sudah lah pandai melawak, dengar menyanyi pun merdu sungguh suara Achey ni.

Mula mencuba nasib dengan menyertai pertandingan realiti hiburan Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013, tidak sangka tuah menyebelahinya apabila telah berjaya bergelar juara. Baru-baru ini juga dia telah berjaya memenangi Naib Juara setelah menyertai pertandingan Lawak Muzikal Superstar bersama gandingan kumpulan Cili yang dianggotai oleh Shiha Zikir dan Ali Puteh.

Memang tak sah dan bukan pelawaklah jika kerja nak menghiburkan orang saja. Setiap kali memuatnaik entri baru di Instagramnya, pasti semuanya perkara positif dan lucu saja. Peminat pun sentiasa happy je nak tengok update terbaru dari Achey setiap hari.

Entri terbaru kali ini memang lain dari yang sebelum apabila ramai yang terpegun dengan kepandaian Achey membuat magik pula. Tak sangka skru driver pun boleh diterbangkan Achey tanpa bantuan tangan sekalipun.

Dalam kapsyen video itu, Achey telah mencabar sesiapa 10 orang yang berjaya untuk meniru aksinya itu tetapi dengan durasi masa yang lebih lama. Tetapi ada pula netizen yang mendakwa bahawa skru driver tersebut sebenarnya telah dipasang tali.

Para peminat dan netizen yang sudah faham dengan trik tekanan angin sehingga boleh menerbangkan skru driver itu pun saja melayankan telatah Achey dengan memuji-muji aksi yang dikatakan seperti magik itu. Rata-rata komen yang diberikan pada video tersebut memang lucu-lucu belaka.

Ada ke orang yang boleh lawan magik hebat dari Achey ni agak-agaknya kan. Kalau ada memang hebat betul. Kalau ada orangnya boleh lah lepas ni bersaing masa dengan Achey siapa yang lagi lama kan.

Sumber: Instagram Achey

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!