“Ni orang Korea ke Malaysia, makin hensem dan comel je” – Netizen

Sangat menitikberatkan isu penampilan diri sebagai nombor satu dalam perkara sehari-hari, ramai yang menyedari perubahan wajah pada salah seorang selebriti terkenal negara yang bukan sahaja berbakat dalam nyanyian malah dalam penciptaan lagu. Sehingga ada netizen yang membuat andaian bahawa dirinya telah membuat satu pembed4han plastik pada wajah yang sangat ketara.

Penyanyi kacak bernama Hael Husaini yang telah menjadi kegilaan ramai sejak penglibatannya dalam dunia hiburan, kini semakin diminati ramai apabila wajahnya yang sekarang telah disamakan dengan artis-artis Korea Selatan. Bukan sahaja wajah, malah gaya penampilannya juga tak jauh beza dengan artis Kpop kini.

Pernah menepis andaian bahawa dia telah melakukan pembed4han wajah, Hael mengakui dia hanya mula menjaga wajah dengan lebih teliti berbanding dahulu. Apabila usia sudah mula meningkat dia telah menyedari bahawa penampilan merupakan aspek penting yang harus diberi fokus setiap hari.

Baru-baru ini juga dia telah dijemput untuk menghadiri acara fesyen yang berlangsung di luar negara iaitu Milan. Bersama-bersama dengan bintang ternama antarabangsa, acara fesyen tersebut turut dihadiri oleh artis tempatan iaitu Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Daiyan Trisha.

Perkongsian video baru di Instagramnya ini telah dibanjiri dengan pujian dari para peminat dan netizen. Ramai yang memuji wajah Hael yang kini tampak lebih kacak dari sebelumnya sehingga tidak dapat membezakannya dengan orang Korea.

Video promosi produk kecantikan dalam video tersebut juga mendapat sambutan yang hangat apabila ramai mereka yang sudah berjaya membeli produk tersebut hanya kerana dipromosikan oleh artis kacak tempatan ini.

Lucunya, ada komen dari netizen yang mengaku sudah menggunakan produk tersebut dan sangat berpuas hati dengan hasil wajahnya yang dikatakan sudah seiras dengan Hael Husaini sekarang.

Memang lain sangat muka Hael yang dulu dan sekarang. Tapi mungkin sebab Hael lebih rajin jaga muka sekarang. Takkan Hael berani buat pembed4han plastik pula kan.

Sumber: Instagram Hael Husaini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!