“Kuat drama anak Aiman dan Zahirah ni haha” – Netizen

Bakat dalam diri anak-anak memang mudah digilap jika dipupuk dari kecil. Pastinya, ibu bapalah yang memberi peng4ruh paling besar dalam menggilap bakat ini dalam diri anak-anak. Apa sahaja yang menjadi tontonan mereka, pasti akan cepat diserap masuk ke dalam 0tak. Disebabkan itulah contoh yang baik harus ditunjukkan oleh ibu bapa agar dapat menjadi tunjuk ajar dalam diri mereka.

Siapa tak kenal lagi dengan kecomelan dan telatah lucu anak lelaki dari pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson ini. Wajah yang tak lari mirip seperti mat salleh ini sentiasa menjadi tumpuan para peminat dari ibu bapanya malah peminatnya tersendiri.

Hubungan perkahwinan yang dibina pada tahun 2020 ini telah diberi kurnia putera sulung buat pasangan sama cantik sama padan ini. Kedua mereka berjaya menimang anak pertama pada tahun 2021 yang telah diberikan nama istimewa Isaac Raees.

Tetapi benarlah perumpamaan yang mengatakan, mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dijaga dan dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai profesion tetap sebagai seorang pelakon, tidak sangka anak sekecil 2 tahun ini sudah mampu berlakon dengan air mata.

Sesi berjalan-jalan di tepi pantai bersama ibunya iaitu Zahirah ternyata telah membuat Isaac men4ngis. Tetapi apa yang peliknya adalah apabila tangisannya itu persis seorang pelakon apabila bersambung-sambung seperti sebuah drama pula.

Lakonan sedih hebat dari Isaac ini telah mencuri tumpuan ramai sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran drama king. Kata Zahirah, anaknya itu men4ngis akibat ditinggalkan tetapi apabila diajak tak berani pula.

Ramai yang geram dan terhibur dengan gelagat lucu Isaac Raees ini. Walaupun menangis, Isaac tetap dipuji comel oleh orang ramai sehingga rambutnya yang keriting itu turut menjadi tumpuan.Ramai juga yang mengatakan bahawa Isaac sudah boleh jadi pelakon dah lepas ni.

Ada-ada saja la telatah si Isaac Raees ni. Mungkin sebab selalu tengok Aiman dan Zahirah berlakon di rumah, sehingga Isaac pun dah pandai berlakon macam ibu ayahnya. Bolehlah lepas ni jadi pelakon cilik.

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE Tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!