“Comel je dua-dua ni”- Netizen

Sememangnya hubungan di antara anak dan ayah ni adalah hubungan yang paling penting dalam hidup kita. Sebabtulah kita kena sentiasa buat baik kepada orang tua kita, tanpa mereka siapalah kita kan. Kita mestilah sentiasa menghargai dan menghorm4ti mereka, bawak pergi jalan-jalan, beri hadiah dan sebagainya.

Bercakap soal menghargai orang tua, banyak cara yang dapat kita gunakan, sebagai contoh, berbuat baik kepada mereka, selalu memberi hadiah, bawa mereka jalan-jalan makan angin waktu lapang dan sebagainya.

Tak perlu tunggu mereka minta, asal ada waktu dan wang, terus saja berikan kepada mereka. Lain orang lain cara mereka menghargai nya. Tak perlu habiskan ribuan ringgit, asalkan tujuan yang utamanya sampai. Betul tak ?

Ada dimuat naik video Dayah B4kar dan ayahnya. Comel sangat tengok anak-beranak. Bukan selalu tengok ayah Dayah kan, tapi kali ni beliau memuat naik video nya dengan ayahnya yang turut join salah satu trend di Tiktok dan dimuat naik di reels.

Amboi, bukan main lagi eh dua beranak. Yang pasti, memang comel sangat tau tengok Dayah dengan ayah beliau yang join trend tersebut. Geram je tengok Uncle B4kar tu join, tersengih-sengih kita tengok mereka berdua.

Pandai betul dua-beranak tu buat muka comel nak suruh netizen terhibur. Katanya Dayah yang mengajak ayahnya join buat video. Bukan selalu kan, bila anak kesayangan dah ajak tu, layankan ajalah buat content reels.

Hasil dari video tersebut tersangatlah comel. Part last tu paling comel sekali. Geleng-geleng kepala mereka berdua tu. Alahai, sama naik je perangai dua beranak ni, ni mesti sebab Dayah lah ni yang beria ajak ayahnya tu.

Sebenarnya, video tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun ayahnya. Sebabtulah kalini ni special sikit, siap ajak main reels lagi. Patutlah semangat betul ayah Kak Dayah ye setuju nak join buat content reels.

Justeru, memang tak dapat dinafikan, bahawa mempunyai pertalian akrab bersama seisi keluarga adalah impian semua. Yelah, iainya akan membawa kepada keluarga bahagia. Selamat ulang tahun diucapakan kepada ayah kesayangan Dayah B4kar.

Sumber : Ig Dayahbkar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!