“Saya maafkan dia, mungkin dia terlupa” – Tokti

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Penyanyi yang telah sekian lama menjadi idola rakyat Malaysia itu sehingga kini masih lagi aktif menyanyi. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan. Tokti mempunyai pelbagai rangkaian produk kecantikan di bawah jenama Simplysiti. Di samping produk kecantikan, Tokti juga mempunyai label pakaian dan juga tudung.

Tokti yang telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006 itu mengikuti jejak langkah suaminya berniaga.

Perkahwinan pasangan tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini telahpun berusia 1 tahun.

Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah ibunya ketika zaman muda.

Malahan hal tersebut juga turut di akui sendiri oleh Tokti apabila pernah berkongsi satu video beliau secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri.

Menjejaki usia 43 tahun, kehidupan penyanyi kesayangan ramai itu sudah boleh di katakan sebagai sempurna. Tokti dilihat bukan sahaja sudah mengecapi kebahagiaan bersama suami dan dua orang anak, malahan beliau juga turut berjaya dalam kerjaya.

Kerjaya beliau sebagai penyanyi sememangnya sudah meletakkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu dalam negara. Kini sebagai seorang usahawan pula Tokti di lihat kian bergerak aktif dalam mengembangkan perniagaan beliau.

Tokti mengambil langkah strategik dalam mempromosikan produk kesihatan terbaru keluaran syarikat beliau iaitu dengan membuat pelbagai kolaborasi dengan para influencer dan selebriti tanah air.

Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat.

Malahan Tokti sangat aktif di media sosial berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.5 juta orang para pengikut.

Baru- baru ini tular mengenai kisah keterujaan seorang individu yang memuatnaik sebuah rakaman video di tiktok memaparkan beliau bertemu dengan Tokti dan Aafiyah.

Walaubagaimanapun, rakaman video berkenaan di ambil ketika Tokti sedang mengeluarkan wang daripada mesin ATM telah mendapat k3caman daripada para peminat Tokti yang lain kerana di anggap tidak menghorm4ti privasi Tokti ketika itu yang sedang mengeluarkan wang.

Tindakan individu tersebut juga sangat bahaAayya kerana boleh mendedahkan maklumat peribadi Tokti akibat rakaman yang di lakukan olehnya itu.

Bagaimanapun, individu berkenaan telah menyedari kesilapan beliau dan memohon maaf di atas rakaman itu. Individu itu juga menjelaskan bahawa perasaan teruja berjumpa penyanyi nombor 1 negara itu mendorongnya membuat rakaman berkenaan.

Terkini menerusi Instagram peminat yang lain pula, Tokti berkongsi perasaannya terhadap insiden itu. Tokti berkata beliau turut merasa bimbang dengan rakaman yang di ambil oleh individu itu kerana risau no pin ATM beliau telah terdedah namun begitu, Tokti tetap memaafkan individu tersebut kerana memahami perasaan teruja peminatnya itu untuk merakamkan gambar dengan dirinya.

Mendengarkan kata- kata Tokti itu, rata- rata para pengikut akaun Instagram itu menulis di ruangan komen bahawa mereka merasa sangat terharu dengan sikap mudah memaafkan dan kemuliaan hati Tokti berkenaan.

Sekian lama Tokti di dalam industri juga, Tokti tidak pernah cuba untuk mencetuskan isu dengan sesiapa. Malahan kerendahan hati beliau sering menerima pujian daripada para orang ramai. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Dato ct mmg terbaekk …pernah jumpa sekali ya allah terdiam baik sgt … semoga tok ti diberkati sentiasa “ – Netizen

“Baiknya lahai Siti Nurhaliza ni. Ok, kite sebagai peminat pasni kene alert. Mmg excited idola depan mata kan hehe” – Netizen

“Sy pernah jumpa dato sri kat rumah v sy buat dek je..tp dia dtg dekat hulur tgn..kita x nk lh lang org cakap selokkk nya nmpk dato sri siti…kita biashe biashe jew..” – Netizen

Mulianya hati Tokti ini. Daripada zaman muda sehingga la sekarang, beliau tidak pernah meninggi diri dan sentiasa melayani semua orang dengan baik tidak mengira golongan peringkat

Sumber: ig i.am.amar.sempoi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!