“Tokti knp banyak lupa lirik tadi”- Netizen

Sememangnya kerjaya sebagai seorang penyanyi ini bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Selagi kita tak berada di tempat mereka, kita tidak akan tahu apa yang mereka alami, memanglah tengok lancar saja tiap kali berada di show dan program, tapi di belakang tabir, tak lah sama seperti yang kita tengok.

Kadang tu, kalau dah ada job yang telah ditetapakan, tapi kebetulan pula selebriti tersebut berada dalam kurang sihat, terpaksa jugalah mereka untuk melaksanakan show tersebut walaupun dalam keadaan yang kurang bertenaga.

Sebagai peminat, kita mestilah selalu saja berfikiran positif dan bersangka baik jika selebriti yang kita minat itu kadang-kadang tu tak buat performance seperti mana yang kita inginkan, bukan apa, ada masa-masa juga lah katakan.

Begitu juga kalau mereka terlupa lirik. Bukan apa, lagu-lagu yang mereka nyanyikan bukan satu atau dua. Jadi kemungkinan mereka pun tertukar lagu dengan lirik yang lain. Kadang tu juga, bila melodi lagu nak dekat sama, jadi tertukarlah.

Situasi tersebut telah terjadi kepada Tokti juga, di mana beliau telah membuat persembahan, tetapi dalam keadaan yang kurang sihat. Tapi, jangan risau, kerana persembahan yang dilakukan memang tak menghampakan langsung.

Beliau juga ada terlupa lirik, tapi telah dijelaskan kenapa, kerana screen untuk pamerkan lirik ada gangguan sedikit. Tak mengapa, yang penting persembahan beliau memang selalu tiptop dari dulu sampai sekarang.

Janganlah kita beri komen nega4tive kepada mereka semua ni, kerana ada juga perkara yang terjadi di luar kawalan dan seperti yang tak diinginkan. Lumrah jadi selebriti memang macam tu kan, terima jelah. Setuju tak ?

Tokti juga ada memuat naik video beliau sebelum melakukan persembahan tersebut. Bukan main cantik lagi orangnya. Tak dimamah usia langsung, dengan gaun berwarna merah tu, teruja tengok, tak pernah tak cantik orangnya.

Pun begitu, walaupun ada sedikit masalah teknikal yang berlaku, tetapi beliau telah membuat persembahan dengan begitu baik sekali. Dah nama pun penyanyi tersohor kan, tak pernah mengecewakan peminatnya.

Sumber : Ig Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!