“Cinta lama berputik kembali, semoga berkekalan” – Netizen

Sebut sahaja nama Zarina Anjoulie, pasti ramai yang sudah tahu segala kntroversi melibatkan selebriti berdrah kacukan ini. Beberapa kntroversi menjadi bulan hangat netizen termasuklah kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Eilyas Azhar yang bertahan cuma dua bulan sahaja. Walaupun Zarina kini sudah kurang aktif dalam industri lakonan, laman Instagramnya sentiasa menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, posting Zarina atau dipanggil Anju yang dimuatnaik di laman Instagram baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila sebuah foto dikongsi Anju menunjukkan dirinya berpegangan tangan dengan Zoey Rahman. Mereka kelihatan cukup mesra seolah-olah sedang menjalinkan hubungan.

Bukan itu sahaja, Anju juga berkongsi foto menerima sejambak bunga daripada Zoey. Wah, romantik sungguh Anju dan Zoey.

https://www.instagram.com/p/CRnSDsNNovZ/?utm_medium=copy_link

Dengan kapsyen yang ditulis Anju, Mereka seakan-akan sedang menjalinkan hubungan yang serious walaupun Anju telah bercrai pada Mei lalu. Namun tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Anju.

Seperti yang dikatakan oleh netizen, Anju dan Zoey dahulunya pernah menjalinkan hubungan cinta namun hanya sekejap sahaja.

Rata rata netizen juga mendoakan agar Anju dipertemukan jodoh yang baik dan ada juga sebahagian netizen yang teruja dengan hubungan mesra antara Anju dan Zoey.

Kita doalah semoga hubungan Anju dan Zoey cepat-cepat bersatu ye, mana tahu diorang berjodoh bersama kan…

Sumber: Instagram Anjoulielavocah1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!