“Haha bau juub0” – Netizen

Sekali-sekala dapat bersama orang tua dan melayan sebaiknya mereka memang momen yang berbahagia untuk dikenang sampai bila-bila. Tambahan pula pada masa sama dikelilingi ahli keluarga terdekat, tentulah meriah jadinya. Pelbagai situasi dapat dilihat dan dialami ketika duduk beramai-ramai itu. Itulah yang dikongsikan pelakon cantik manis, Emma Maembong ini ketika bersama bapanya dan keluarga tersayang.

Berkongsi video dirinya sedang memotongkan kuku bapanya, Ismail Embong, Emma dilihat riuh mulut dalam masa sama sedang bercakap dengan ahli keluarga lain. Bagus betul Emma…

Biarpun mulut sibuk bercakap, tangan pun ‘jalan’ sekali ‘mengerjakan’ kuku bapanya itu. Cekap juga Emma kan… Agak lucu ketika sedang buat kerja itu, tiba-tiba mereka terbau sesuatu dan menegur siapa yang kent0t?

Agak mencuit hati juga dalam video tersebut terdengar suara berkata, ‘Ada bau juub0’. Tak pasti sama ada suara itu keluar dari mulut Emma atau orang di sekelilingnya kerana kamera sebelum itu tak fokus pada orangnya.

Begitupun, ayat tersebut barangkali mengejutkan sesetengah netizen dan pengikut, tak kurang yang memberikan respons di ruangan komen, sama ada ketawa atau terkesima mendengarnya.

“Hahahahahahahahaha… ada bau juub0, berdekah aku gelak”, “Ahahhaahha bau jub0 camna wei”, “Ya Allah rindunya kat arwh bapak, selalu dia minta tolong pot0ngkan kuku”.

Itu antara komen netizen. Dalam pada itu tak kurang yang menegur Emma yang dikatakan menuturkan kata sedemikian yang dirasakan agak tidak sesuai, apatah lagi dirinya seorang figura yang bergelar artis.

Apa pun ramai juga yang berkongsi imbasan bersama insan tersayang yang sudah ‘pergi’ dulu akan momen sama seperti dilakukan Emma dengan bapanya itu. Moga lebih ramai terinspirasi melakukan kebaikan pada orang tua.

Yelah… bukan senang nak meluangkan masa dengan orang tua dan melayankan kerenahnya di samping memperuntukkan masa untuknya, apatah lagi Emma juga seorang sibuk dengan kerjayanya sebagai aktres.

Pada masa sama, seperti biasa sempat juga netizen menegur akan dirinya yang kelihatan ‘terbuka’ dengan busana dipakai. Tak kurang mengharapkan Emma kembali dengan imej Mvslimah. Doakan sajalah…

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!