“Sayu tgk gmbr Puteri Sarah ni seolah2 ank kandung bkn mcm menantu”- Netizen

Baru- baru ini kntr0versi yang melibatkan hubungan rumahtangga pelakon Puteri Sarah Liyana kembali hangat di perkatakan apabila pelakon berkenaan akhirnya mengambil tindakan nekad untuk menyaaman seorang individu yang juga merupakan anak perempuan kepada seorang pelakon lelaki veteran kerana telah mengganggu ketenteraman rumahtangga beliau dan suaminya iaitu pengarah filem tersohor Syamsul Yusuf.

Menurut Puteri Sarah, beliau telah bersabar selama 4 tahun demi anak- anak untuk mempertahankan rumahtangga beliau dan suaminya Syamsul Yusuf namun kini beliau tidak mampu lagi untuk berdiam diri.

Justeru itulah, beliau berani mengambil tindakan nekad tersebut untuk meng3mukakan saman demi menebus kembali maruah dan mempertahankan hak dirinya sebagai isteri dan berjuang demi anak- anak beliau.

Kisah rumahtangga beliau ini juga menjadi perbualan hangat apabila suaminya juga tidak memberikan sebarang ulasan berhubung kenyataan Puteri Sarah malahan tidak menjawab soalan pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra di panggil Pak Nil mengenai individu tersebut ketika sesi temubual menerusi rancangan Hard to Heart.

Sempena perayaan Aidiladha kelmarin, ramai artis yang telah berkongsi gambar- gambar mereka bersama keluarga buat tatapan para peminat di Instagram.

Namun begitu berlainan pula dengan pelakon Puteri Sarah Liyana apabila hanya memuatnaik gambar beliau bersama anak perempuannya Sumayyah.

Pelakon itu sempat merakamkan gambar kenangan sempena perayaan Aidiladha di rumah mertuanya iaitu di rumah Datuk Yusuf Haslam.

Mengenangkan masalah rumahtangga yang kini sedang di hadapi oleh pelakon jelita berkenaan, ramai netizen yang meluahkan rasa sayu dan simpati terhadap nasib yang di lalui oleh Puteri Sarah.

Walaubagaimanapun, netizen juga memuji hubungan akrab yang terjalin antara Puteri Sarah dan juga keluarga mertua beliau.

Malahan Datuk Yusuf Haslam dan isterinya sentiasa memberikan sokongan buat Puteri Sarah serta cucu- cucu mereka iaitu Shaikul dan Sumayyah.

Menjengah keruangan komen, netizen juga mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Aidiladha buat pelakon berkenaan dan juga mendoakan masalah rumahtangga pelakon cantik itu dapat di selesaikan dengan baik.

Peminat juga mahu pelakon berkenaan dan suaminya Syamsul Yusuf kembali berbaik semula demi anak- anak mereka iaitu Syaikul dan juga Sumayyah. Berikut di kongsikan komen- komen netizen buat Puteri Sarah.

Sebagai para peminat dan netizen, siapa kita untuk menghakimi hubungan kekeluargaan pelakon jelita berkenaan dan mertua apatah lagi masalah yang berlaku di dalam rumahtangga Puteri Sarah sendiri.

Namun begitu, tidak salah untuk kita sebagai peminat untuk mendoakan kesejahteraan hubungan rumahtangga Puteri Sarah agar semua masalah beliau dan suaminya Syamsul Yusuf dapat di selesaikan dengan cara yang baik dan positif.

Sumber: Instagram Puteri Sarah.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!