“InsyaAllah satu hari kamu akan bersatu semula, kasih ibu xdapat dipisah” – Netizen

Hati ibu mana yang tidak merindui anak-anak setelah hampir sekian lama tidak dapat berjumpa anak kandung kesayangan. Jika ada rakyat Malaysia yang sudah terpisah dengan ibu bapa, pasangan, anak dan keluarga masing- masing hampir dua tahun ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengekang penularan dalam Malaysia, Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim pula tidak dapat berjumpa dengan anak kesayangan beliau yang kini berada di Istana Nurul Iman di Brunei.

Beliau bukan sahaja terpisah kerana berlainan negeri, malahan kerana berlainan negara. Berkemungkinan besar beliau lebih lama terpisah dan tidak dapat bertemu anak-anak kandungnya itu sebelum larangan merentas negeri dan negara dilaksanakan oleh kerajaan demi mengekang pndmik.

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat menerusi Instagram dimana beliau kerap memuatnaik gambar anak-anak beliau. Dua orang anak beliau kini berada dibawah jagaan Sultan Brunei manakala dua orang lagi adalah hasil daripada pernikahan baru beliau bersama Fairos Khan Abdul Hamid.

Sebagai rekod CP Azrinaz sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Sultan Brunei dan hasil perkahwinan itu beliau dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Wakeel dan Puteri Ameerah. Setelah berpisah, CP Azrinaz bertemu jodoh dengan bekas rakan sekerjanya dan dikurniakan dua orang lagi cahaya mata perempuan iaitu Malaykha dan Atheera.

Dua orang anak kandung beliau bersama Sultan Brunei iaitu Putera Wakeel dan Puteri Ameerah kini sedang meningkat remaja dan masing-masing sudah berusia 15 tahun dan 13 tahun.

Luahan rindu CP Azrinaz dapat dilihat menerusi perkongsian gambar anak-anaknya beserta caption yang ditujukan buat mereka.

Beberapa hari lalu, CP Azrinaz ada memuatnaik gambar anak sulungnya Putera Wakeel. Hari ini pula beliau memuatnaik gambar Puteri Ameerah dan mengatakan bahawa Puteri Ameerah merupakan anak perempuan sulungnya.

Puteri Ameerah yang berpakaian serba merah kelihatan semakin jelita setelah meningkat remaja. Wajah anak perempuannya itu saling tidak tumpah seperti wajah CP Azrinaz ketika muda.

Rata-rata netizen yang dapat merasai perasaan rindu CP Azrinaz sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya itu mendoakan supaya beliau akan dapat berjumpa kembali anak-anaknya itu suatu hari nanti.

Semakin tebal perasaan rindu CP Azrinaz kepada kedua-dua anaknya itu. Simpati dan sebak pula jika mengenangkan hati seorang ibu yang sarat dengan perasaan rindu terhadap anak kandung. Putera Wakeel merupakan satu- satunya anak lelaki beliau manakala Puteri Ameerah pula anak perempuan pertama.

Perasaan rindu akan makin dirasai semasa suasana perayaan apatah lagi ketika sambutan hari raya Aidiladha ini. Mudah-mudahan hasrat CP Azrinaz untuk bertemu anak- anaknya itu bakal tercapai nanti.

Sumber : Ig azrinaz mazhar hakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!