“Cinderella musl1mah solat, cuteee”-Netizen

Setiap umat islam memang diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu. Ibadah solat adalah rukun islam yang kedua selepas ucapan kalimah syahadah. Tidak kira di mana jua kita berada, solat adalah keutamaan buat semua sejurus berkumandangnya azan. Termasuklah selebriti dan usahawan Tya Ariffin, beliau juga sentiasa mengutamakan ibadah solat walaupun sesibuk mana pun dirinya.

Baru-baru ini, Tya berkongsi video yang memperlihatkan dirinya bersiap untuk majlis anugerah penghargaan buat usahawan di bawah syarikat naugannya iaitu Mutyara.

Di kala beliau sibuk bersolek dan busana gaun yang agak sukar untuk dipakai itu, Tya tidak sesekali meningg4lkan solat meskipun sudah bersolek. Bagusnya Tya, beginilah sikap keperibadian Tya yang kita patut contohi.

Tya anggup menunggu azan zohor sebelum siap sepenuhnya. Malah video Tya yang kelihatan solat sambil memakai gaun biru itu turut menjadi perhatian netizen di laman Instagram.

Video dikongsi Tya telah menerima respon yang positif daripada netizen dan rata-ratanya juga memuji wajah cantik Tya memakai busana gaun biru tersebut.

Setiap wanita pasti mengimpikan busana yang cantik seperti ala-ala cinderella. Begitulah juga buat Tya yang telah memilih busana gaun cantik berwarna biru untuk majlis yang dihadiri beliau.

Memang tak dinafikan, cantik sungguh Tya dan juga keperibadiannya yang lemah lembut itu.

Sementara itu, video Tya telah mencapai 238,000 tontonan dan 9,000 tanda suka oleh netizen.

“Dia tidur pun dh lawa si tya ni, cantik betul lah tya, love sangat yg penting solat tak tinggal ye”-Netizen

Sukanya tengok Tya, tetap tu aikan tanggungjawab sebagai seorang umat 1slam. Alhamdulillah..

Sumber: Instagram tyaariffin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!