“Pakai uniform tu kali pertama jumpa ke, cinta pandang pertama”- Netizen

Umum mengetahui yang pelakon Fizo Omar telah mendirikan rumahtangga kali kedua dengan Fazeera Nazri. Pasangan ini di kurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Wan Khaleeda pada tahun lalu. Untuk rekod, pasangan Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal Mawar Karim namun berc3rai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun. Untuk puteri kedua mereka itu, Fizo dan Fazeera sepakat memilih nama Wan Khaleeda.

Baru- baru ini Fizo turut berkongsi berita gembira mengenai kehamilan Fazeera yang hamil buat kali kedua meskipun anak pertama mereka Wan Khaleeda baru baru sahaja berusia 7 bulan.

Kongsi Fizo lagi, usia kandungan Fazeera telah memasuki usia 5 bulan. Menjadikan anak pertama dan anak keduanya hanya berbeza 11 bulan sahaja.

Walapun perkongsian berkenaan mengejutkan para peminat namun para peminat tetap mendoakan perjalanan kehamilan Fazeera di permudahkan sehingga tiba saat kelahiran nanti.

Terbaru, menerusi akaun Instagram Fizo telah memuatnaik satu video yang memaparkan isterinya Fazeera ketika masih lagi berkhidmat sebagai seorang pramugari penerbangan syarikat Qatar Airways sekitar tahun 2019.

Perkongsian video berkenaan menarik perhatian netizen memandangkan kejelitaan isteri Fizo itu menyerlah ketika video tersebut di rakamkan.

Rata- rata netizen juga menyangka bahawa video berkenaan di rakamkan oleh Fizo yang j4tuh cinta pandang pertama ketika melihat Fazeera dalam seragam pramugari tersebut.

Namun begitu, menerusi ruangan komen, empunya badan iaitu Fazeera sendiri telah menulis komen memberikan penjelasan bahawa video tersebut sebenarnya di rakam oleh sepupunya.

Fizo juga turut membalas komen isterinya dan memberikan respon bahawa sekiranya beliau berada di situ ketika itu, beliau tidak mengambil video sebaliknya mengambil ‘orangnya’. Video tersebut juga meraih pelbagai komen netizen. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sebagai rekod, Fizo pernah berkongsi sebelum ini bahawa perkenalan beliau bersama Fazeera berlaku ketika negara sedang di landa pandemik. Beliau juga tidak menunggu lama untuk menyunting Fazeera menjadi suri hidup.

Fizo dan Fazeera berkahwin pada Oktober dua tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan. Fazeera adalah pramugari yang berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini.

Sumber: ig fizo omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!