“Isaac tu tau tak mak dia cantik”- Netizen

Industri hiburan di Malaysia mempunyai ramai selebriti tempatan berdar4h kacukan. Bukan setakat bakat mereka sahaja, wajah cantik dan tampan mereka juga menjadi kegilaan ramai peminat. Termasuklah pelakon Zahirah Mcwilson yang memiliki wajah cantik memandangkan beliau juga berd4rah kacukan Melayu-Inggeris. Tidak diinafikan, Zahirah kelihatan cantik berseri meskipun sudah bergelar seorang ibu.

Tengoklah satu-satunya anak Zahirah dan suaminya Aiman Hakim Ridza, comel sangat anak mereka yang bernama Isaac.

Semenjak Isaac muncul dalam kehidupan Zahirah dan Aiman, mereka sangat mengutamakan Isaac. Isaac pula masih kecil lagi dan memerluukan perhatian secukupnya.

Zahirah menerusi kapsyen pasa posting terbaru miliknya di Instagram, beliau kini telah kembali berlakon selepas dua tahun berehat. Bagi Zahirah, semenjak sibuk dengan karier lakonannya beliau sering merindui Isaac kerana setiap hari berada di set penggambaran.

Agak mencabar buat Zahirah apabila menjadi seorang ibu dan juga seorang pelakon pada masa yang sama. Bukan Zahirah sahaja lalui pengalaman sebegini, ibu-ibu yang bekerjaya di luar sana tentu merasai perasaan sama seperti yang dialami Zahirah kan?

Melihat hubungan Zahirah dan anaknya, mereka cukup rapat. Memang susah nak berenggang kan.. namun apakan daya, kerjaya lakonan juga adalah keutamaan buat Zahirah.

Sementara itu, video terkini dikongsi Zahirah di Instagram menjadi tumpuan ramai netizen baru-baru ini.

Netizen memberi komen memuji kecantikan semulajadi Zahirah meskipun sudah bergelar ibu. Maintain cantik je Zahirah ini, apa agaknya rahsia kecantikan Zahirah ye?

Video Zahira juga telah mencapai 192,000 tontonan dan pelbagai respon daripada netizen.

Comelnya Isaac panggil mummy dia macam tu. Mesti setiap hari rindu mummy dia kan.. Semoga membesar dengan sihat ye Isaac.

Sumber: Instagram zahirahmacwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!