“Kalau mandikan awak kena tempat tertutup gituw”- Nad Zainal

Kuda antara salah satu haiwan belaan manusia yang jinak dan ia amat penting daripada segi ekonomi, serta memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang dan barang muatan selama beribu-ribu tahun dahulu. Di zaman yang sudah serba canggih dan moden ini, kuda antara haiwan yang telah menjadi salah satu hobi buat individu yang gemar menunggang kuda.

Tidak terkecuali, Nazim Othman antara selebriti yang minat menunggang kuda ketika waktu lapangnya. Bukan setakat menunggang kuda sahaja tau, Nazim rajin memandikan kuda kesayangannya dan memberi ia makan.

Haiwan seperti kuda ini sememangnya perlu dijaga dengan rapi. Tengoklah cara Nazim menjaga kudanya menerusi posting video di Instagram beliau.

Nampak penyayang betul Nazim. Beberapa posting Nazim bersama kuda dikongsi di Instagram.

Rata-rata netizen terutamanya kauum wanita tidak keruan melihat selebriti kesayangan mereka yang kelihatan kacak sambil menunggang kuda tersebut. Amboi…

Melihat instagram Nazim, beliau kini sedang bercuti di Pulau Langkawi sendirian selepas penat berhempas pulas bekerja. Apa salahnya kan sekali sekala bercuti…

Video Nazim juga mencuri tumpuan ramai netizen apabila beliau kelihatan tidak berbaju di dalam video berkenaan.

Sementara itu, posting video Nazim telah mencapai 192,000 tontonan dan 10,000 tanda suka serta 126 komen.

Komen Nad Zainal pada posting Nazim turut menjadi perhatian netizen di ruangan komen.

Selamat bercuti buat Nazim. Bestnya dapat pergi Langkawi, boleh tenangkan fikiran daripada menghadap kerja 24 jam kan..

Sumber: Instagram Nazimothman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!