“Klu org yg tak tahu tu, confirm betul2 caya ngn korang, Tapan oh Tapan” – Netizen

Nama Jep Sepahtu tidak lagi asing dalam dunia hiburan. Sebut saja nama Jep, sudah tentu orang ramai cukup kenal akan pelawak tersohor ni. Bukan saja pelawak, malah beliau juga seorang pelakon dan pengacara radio. Bagi peminat Suria Fm, sudah pasti tiap-tiap hari anda semua dengar suara Jep ni di corong radio.

Pagi tadi, pengacara radio di Suria Fm ada menemu ramah ayah kepada Tapan, iaitu seorang yang sangat popular. Katanya, ada bau-bau Tapan nak buat comeback. Tapi, ramai juga yang tertanya siapakah Tapan ni sebenarnya ?

Kenapa cerita Tapan sampai keluar dekat corong radio. Seolah-olah kisah seorang yang sangat serius. Tak pernah-pernah kenal Tapan, tiba-tiba harini ada sesi temu ramah dengan ayah Tapan yang bernama Pak Cik Hamid.

Menjerumus di ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Tapan ni, kenapa kisah tentang Tapah ni sampai di interview. Banyak persoalan yang telah ditanyakan oleh para netizen di ruangan komen.

Untuk pengetahuan, Tapan ini adalah watak di dalam suatu skesta saja. Tapan ni adalah watak yang dibawa oleh Jep. Tetapi, dek kerana watak ini terlalu hid0p, sampaikan di luar pementasan tersebut pun, masih orang fikir bahawa Tapan ini memang wujud.

Watak ini sering dibawa oleh Jep ketika pementasa Sepahtu Reunion, kalau korang selalu layan dan tonton Sepahtu Reunion, sudah tentu korang semua kenal kan dengan watak Tapan ni. Macam mana penampilan seorang Tapan.

Watak Tapan adalah watak seorang yang sangat lawak. Dahulunya, Tapan bergandingan dengan Mira Filzah. Masih viral di Tiktok akan episode itu. Sungguh melucukan, kalini entah dengan siapa pula Tapan buat comeback.

Kalau korang tak layan Sepathu Reunion, sudah pasti korang semua tertanya-tanya siapakah sebenarnya Tapan ni, kenapa sampai di interview. Siapa pula ayah nya yang bernama Hamid dan sebagainya. Rupa nya, hanyalah watak lakonan sahaja.

Kalau korang nak tahu apa kesudahan selanjutnya, boleh lah pakat pergi tengok Sepahtu Reunion nanti. Confirm gelak sakan. Lebih-lebih lagi, watak Tapan tu memang sangat melucukan sampai buat korang pec4h per0t.

Sumber : Ig Sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!