“Cik B”, p0sing Sherry Alhadad tarik perhatian DS Vida, disangkakan anaknya

Sherry Al-Hadad merupakan seorang pengacara yang kini menjadi rebutan untuk mengacarakan beberapa rancangan hiburan yang popular di Malaysia. Sherry juga serasi digandingkan dengan sesiapa sahaja untuk menjadi pengacara bersama beliau. Jika sebelum ini Sherry mengacarakan program hiburan Big Stage selama 2 musim bersama Alif Satar, kini Sherry mengacarakan program hiburan baru iaitu All Together Now yang baru sahaja bersiaran pada 6 Jun yang lalu.

Untuk rancangan hiburan terbaru itu Sherry mengacarakan program berkenaan secara solo. Namun di sebabkan beberapa isu yang melibatkan SOP, rancangan All Together Now terpaksa di hentikan sebentar tayangannya.

Di samping rancak menjadi pengacara, Sherry juga menjalankan perniagaan brownies secara online. Beliau mengambil peluang sewaktu PKP untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjual brownies hasil air tangan beliau sendiri buat para peminatnya.

Sherry Al-Hadad atau nama sebenar beliau ialah Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad mempunyai pertalian keluarga dengan adik beradik Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Sherry juga antara selebriti yang sangat aktif di media sosialnya dan menjadikan instagram sebagai platform untuk beliau mengemaskini aktiviti seninya.

Terkini, Sherry telah memuatnaik sekeping gambar lama ketika zaman belajar. Menurut beliau gambar itu di ambil ketika menjayakan salah satu watak di dalam Teater Mak Yong.

Menjengah keruangan komen, ramai yang agak terkejut dengan gambar tersebut kerana sekali pandang wajah Sherry itu sangat mirip dengan anak kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato Vida. Rata-rata netizen juga turut mngalkan komen berkenaan perkara tersebut.

Menariknya Dato Vida sendiri telah mngalkan komen memanggil Sherry dengan nama Cik B seolah bersetuju bahawa wajah Sherry itu mirip anaknya. Berikut dikongsikan komen Dato Vida itu.

Tak sangka wajah Sherry ketika zaman belajar dahulu mirip dengan Cik B. Nampaknya Dato Vida pun dah panggil Sherry sebagai anaknya memang betul-betul lah nampaknya wajah Sherry mirip wajah Cik B.

Mudah-mudahan perjalanan seni Cik B dalam industry hiburan juga rancak seperti Sherry suatu masa nanti.

Sumber : ig sherry_alhadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!