“Berlari bini tu suami nak rakam, moga istiqomah”- Netizen

Biasanya suami yang memahami kehendak agama memang sangat mengharapkan agar pasangannya agar mengikut syariat yang telah ditetapkan. Biarlah kata orang agak lambat, tapi ada usaha ke arah itu, pasti sejuk mata hati suami dibuatnya. Agaknya itulah yang dirasakan penyanyi dan penulis lagu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli ini apabila melihat isterinya mengenakan hijab.

Macam sweet jer pasangan ini apabila Caprice sampai mengejar isterinya Farra Inalis Hussni atau panggilannya Elis untuk merekod video isterinya yang bertudung. Begitupun sampai berlari Elis ke bilik dan cuba mengelak rakaman terbabit.

“Masya-Allah… Masya-Allah…” sebut Caprice seakan teruja tatkala melihat isterinya dalam keadaan bertudung itu sebelum dijawab Elis, dia mahu membuat reviu. “Kenapa masa IG review je…”, balas Caprice pula yang berkongsi momen ringkas itu.

Caprice atau Cap ini memang sejak berkahwin ni dilihat oleh netizen suka menyakat isterinya itu. Apa pun itu jua pasti cara mengeratkan hubungan bukan? Dalam pada itu ramai yang mendoakan agar Elis dapat istiqomah dalam mengenakan hijab.

“Cantik taw, pls slow slow jgn memaksa biar die sendiri akan berubah akan terus istiqomah biar dia berubah kerana allah . Mula mula reviews nanti lelama ati dia akan terbuka”, ‘Salute dooo cap tak paksa dan tak gunakan “suami” sebagai kuasa utk suruh bertudung”, “

Salute dooo cap tak paksa dan tak gunakan “suami” sebagai kuasa utk suruh bertudung”, “AHAHAHAHAHA .. Terbaik ahh Cap , tak lama da tuu Insya Allah”, “Alhamdulillah. Semoga istiqamah. Niat yg baik pasti Allah permudahkan. Aamiin”, itu antara komen netizen.

Untuk info, sejak tular berita pernikahan Caprice, 34, dan Elis, 27 yang melangsungkan pernikahan secara tertutup November tahun lalu, memang ramai yang maklum akan isterinya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu seorang yang free hair.

Tak kurang juga netizen yang memperkatakan mengenai penampilan diri instafamous usahawan itu dalam keadaan sebegitu dan mempertikaikan pasangan pilihan Caprice memandangkan dia sentiasa dilihat ke arah 1slamik malah menggelarkan dirinya T1ger of al-Quds.

Apa pun semuanya boleh bermula secara perlahan-lahan kan. Jangan nak laju-laju je tapi akhirnya tak mampu nak beristiqomah dalam mengenakan hijab, macam sesetengah retis itu. Yang penting kita doakan yang baik-baik saja untuk Elis. Mana tahu terbuka pintu hatinya nanti.

Apatah lagi Cap di kapsyen hantarannya itu membayangkan bahawa selain baju raya, selepas ini dia rasakan hendak menjual tudung pula. Apa pun memang nampak manis saja ibu anak seorang itu bertudung. Mesti ramai netizen nanti yang lagi sayang.

Terdahulu, Cap pernah menjawab tentang netizen yang mempersoalkan mengapa tidak ditegur isterinya yang tidak berhijab. Begitupun jawab Cap, dia mahu wanita itu berhijab bukan kerana netizen dan sesiapa, tetapi kerana Allah.

Sumber : Ig Caprice

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!