“Wati Sembilu sebelah Kak Erra tu” – Netizen

Erra Fazira atau nama sebenar beliau Fazira Wan Chek merupakan seorang pelakon di Malaysia dan banyak membintangi filem-filem melayu sehingga beliau di berikan gelaran Primadona Malaysia. Erra Fazira memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi filem Sembilu pada tahun 1994. Sembilu merupakan filem pertama lakonan beliau yang menampilkan gandingan pertama beliau bersama penyanyi Awie.

Bermula daripada filem tersebut, nama Erra mula dikenali ramai sehingga kini. Erra kemudiannya mendirikan rumahtangga bersama Yusry Kru namun rumahtangga mereka tidak kekal lama.

Beliau kemudiannya mendirikan rumahtangga bersama Engku Emran dan mendapat seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Namun rumahtangga Erra bersama Engku Emran juga tidak bertahan lama apabila membuat keputusan untuk berpisah pada 2014.

Engku Aleesya baru-baru ini telah menerima ibu tiri apabila Engku Emran mengambil keputusan untuk menamatkan zaman duda bersama Noor Nabila iaitu kakak kepada bekas pengacara Meletop dan usahawan terkenal Noor Neelofa.

Di samping menjadi anak tiri kepada Nabila, Aleesya juga turut menerima seorang adik lelaki yang comel iaitu Jebat Jayden. Sebagai seorang anak tunggal sebelum ini pastinya Aleesya teruja menerima kehadiran adik tiri dalam keluarganya.

Menerusi instagram, Erra telah memuatnaik sekeping gambar terkini beliau bersama anaknya Engku Aleesya. Walaupun entri tersebut merupakan luahan Erra mengenai isu semasa yang sedang berlaku di negara Palestin namun gambar yang dimuatnaik olehnya mencuri tumpuan netizen.

Engku Aleesya yang kini meningkat dewasa ternyata mewarisi kejelitaan ibunya itu. Raut wajah Engku Aleesya saling tak tumpah wajah Erra ketika membintangi filem Sembilu dahulu. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Engku Aleesya mempunyai potensi yang amat cerah dalam bidang hiburan sebagai pengganti kepada ibunya sebagai seorang pelakon.

Memandangkan usianya yang baru menginjak 12 tahun, mungkin Aleesya masih perluukan masa sebelum beliau terlibat dalam dunia hiburan.

Sumber : ig erra fazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!