“Cantiknya baru lepas bersalin, ini betul2 bkn orang” – Elfira Loy

Seronoknya tatkala menyambut bayi, dengan bau dan kecomelannya memang selalu menenangkan sesiapa sahaja terutama tentulah ibunya. Lazimnya dek orang baru, sang ibu akan lebih memberikan perhatian kepada si kecil hingga ada sebahagian daripadanya lupa menjaga tubuh dan ketrampilan diri selepas bersalin. Bertuahlah ibu yang dapat mengekalkannya, termasuklah pelakon, Mira Filzah ini.

Tak kurang yang kagum melihat kelibatnya yang kelihatan persis anak dara seperti sebelum ini. Bukan sahaja netizen, bahkan rakan artis turut terkesima dengan ketrampilan Mira Filzah selepas melahirkan.

“Cantiknyaaaaaa baru lepas bersalin. Ini betul2 bukan orang”, itu layangan komen pelakon, Elfira Loy di perkongsian hantaran Mira di IG nya itu. Wah… kalau bukan orang mesti macam bidadari ya Elfira?

Apa pun hanya Elfira yang tahu apa maksud komennya itu. Ya seperti Elfira, ramai yang kagum melihat Mira yang kelihatan jelita dan menawan pula selepas bersalin bayi lelaki ini pada 10 Mei lalu, di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Menurut Filzah dalam kapsyen hantarannya, ia foto dia, suami dan bayinya ketika baru keluar h0spital selepas melahirkan pada minggu lepas. Wah… baru keluar h0spital pun dah cantik berseri-seri macam zaman anak dara.

Patutlah ramai yang terkesima. Ini pula antara komen netizen: “prettiest mom”, “Adoi discharge pun cantik ,sy macam besen”, “Sweet n cantikkk ja lpas bersalin”, “Mengandung 9 bulan pon lawa, hidung x kembang. Dah beranak pon lawa. Why so lawa Mira..…”.

Untuk info, di luar kerjaya lakonan, Mira juga seorang usahawan yang berjaya ya. Beliau ialah pengasas produk kecantikan dan dengan minat yang mendalam terhadap fesyen, Mira mengasaskan rangkaian hijab yang mengeluarkan pelbagai jenis tudung dan selendang.

Ha… tengok tu… padanlah Mira kekal cantik… Terdahulu selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata pertamanya, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar berkongsi nama anak lelakinya itu kepada umum yang dikenali sebagai Wan Khair Amir.

Menurut pasangan yang dinikahkan pada 2 September 2020 ini, antara pilihan nama anaknya iaitu Amir bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama mereka berdua Emir dan Amirah,

So sweetkan…. Apa pun buat Mira dan Emir, selamat menempuh alam sebagai ibu bapa dan dapat mendidik cahaya mata cemerlang di dunia dan akhirat. Tak lupa juga buat Mira moga dapat maintain cantik jelita. Sangat memberi inspirasi untuk ibu lain juga ikut nak cantik-cantik.

Sumber : IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!