“Haha berpeluh kakak” – Misha Omar

Menjadi trend zaman sekarang apabila semua kenangan mahu diabadikan didalam aplikasi. Apalagi jika tiktok, banyak lagu yang memang kena dengan tarian-tarian khas. Shiha Zikir memang ada akaun khas beliau di tiktok, tetapi tidak Misha Omar. Jadinya, apabila Shiha mengajak untuk menari tiktok, sedikit janggal. Lihat yang berlaku seterusnya.

Misha Omar hanya mengikut saja trend terkini, itupun kerana diajak oleh Shiha. Pertemuan mereka atas kerana kerja semata.

Namun apabila diajak, Misha pun mengikut saja apa yang diajarkan. Shiha seorang yang kelakar, pandai beliau mengajak menghiburkan peminat.

Apabila ditegur oleh rakan artis, Misha memang mengakui penat dan berpeluh hanya kerana mahu membuatkan tarian trend tersebut.

Ramai pula menegur tentang rambut yang sama, malah mereka seiras umpama kembar pula. Lihat mereka seolah memang berpengalaman, agaknya berapa kali berlatih.

Misha Omar memang tidak dinafikan tentang vokalnya yang selalu membuat bulu roma meremang. Banyak anak didik telah beliau lahirkan dari segi kelas muzik.

Misha Omar juga merupakan seorang penyanyi yang lama dalam industri ini semenjak dari zaman Rtm dahulu. Sehingga sekarang masih berdiri gah.

Netizen pun tidak berhenti menyokong kerjaya beliau meskipun suatu masa dahulu pernah rasa untuk berhenti tetapi peminat masih mahu beliau kekal. Ini komen mereka.

Rindunya nak mendengar suara Misha, bila agaknya beliau nak keluarkan lagu baru.

Sumber: ig mishaomar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!