“Perghhhh lejen” – Lan Solo

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Elite yang dianggotai oleh gadis-gadis jelita lebih dua dekad lalu. Biarpun kini sudah lama tidak membuat persembahan dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, hubungan mereka masih utuh. Ramai yang mengakui jika melihat salah seorang daripada anggotanya pun akan teringatkan Elite. Betapa kuatnya pengarvh kumpulan penyanyi wanita yang dilahirkan oleh KRU Records ini.

Lagu Tamparan Wanita, Manisnya Senyumanmu, Trauma, Ada Sesuatu Dalam Dirimu, antara lagu yang popular menjadi siulan, malah nyanyian di bibir peminat dan pengikut Elite suatu ketika dahulu.

Selain rupa paras memasing yang menawan, anggotanya awalnya yang terdiri daripada Abby Abadi, Azza Zawari, Shasha Saidin, Watie Sadali dan Linda Rafar antara yang tetap berhubung rapat sehingga kini.

Perkongsian Abby di IG nya ini menunjukkan betapa mesra dan eratnya hubungan mereka. Tambahan pula dengan adanya media sosial masa kini, jarak tentunya bukan lagi penghalang untuk mereka terus mengekalkan persahabatan.

Selain netizen, rakan artis turut teruja menyaksikan diva-diva lejen ini ketika mereka saling bertemu untuk menjayakan satu program televisyen. Mesti ramai yang merindukan persembahan mereka bila melihat kelibat anggota ini kan..

https://www.instagram.com/p/CdsJz98AWuY/

“Perghhhh lejen…” coret penyanyi, Lan Solo. “Pehhhh dulu minat elite nie ya Allah kok rak tua2 nie”, “Lawa² legend kita ni, letops pakai baju sedondon”, “Masih cantik semuanya dan masih aktif lagi dlm dunia seni…”, “Sekejap je masa berlalu kan..tapi semua cantik macam dulu”. Itu antara komen
netizen.

Rupanya memang ramai yang rindu mereka ni kan. Menariknya, paras mereka memang tak banyak berubah sejak penglibatan awal Elite ke arena seni sejak 27 tahun lalu. Jika dilihat masing-masing maintain je sama cam dulu.

Bukan saja netizen, seperti kata Abby, kalau ditanya tengan kenangan dulu-dulu, memang dia juga terkenang-kenang. Bahkan Abby mengakui perangai dan rupa mereka masih sama, cuma sedikit saja yang berubah.

Paling terkesan di hati, Abby juga mengingatkan sahabatnya agar mensyukuri nikmat usia yang ada hingga kini serta berusaha memperbaiki diri. Bukan sahaja serah diri kepada Allah untuk baik di dunia, tetapi juga akhirat.

Selain mereka berlima, lima lagi bekas anggota Elite ialah Fiza Halim, Hana Adnan, Avaa Vanja, Sharifah Sofea dan Aen. Apa pun selamat maju jaya buat Abby, Azza, Watie, Shasha dan Linda serta kesemua bekas anggota Elite.

Sumber : IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!