“Aku m4ti2 igt Mamu xlayan lagu mcm ni”- Netizen.

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang kini bergelar pengacara program Muzikal Lawak Superstar mengakui beliau gugup untuk beraksi di pentas. Dedah beliau lagi. beliau keluar dari zon selesa untuk mencabar diri sendiri menjadi pengacara. Beliau juga tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju pelawaan menerajui program berkenaan bersama Kak Lina Pom Pom.

Meskipun terpalit dengan kontroversi baru- baru ini namun rezeki tetap menyebelahi beliau apabila di tawarkan menjadi pengacara Muzikal Lawak Superstar tersebut.

Sharnaaz sedar bakal berdepan kritikan namun beliau mengakui sudah bersedia. Sebelum ini beliau pernah mengacarakan program berbentuk game show bergandingan bersama Siti Elizad namun sudah agak lama program berkenaan bersiaran, kali ini beliau muncul di pentas yang lebih besar bersiaran secara langsung pastinya memberikan cabaran yang berbeza buat pelakon berkenaan.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon ini, beliau dan kakak kepada usahawan terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Hasil perkongsian hidup bersama mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia empat tahun.

Sharnaaz aktif berkongsi aktiviti seni bersama para pengikut akaun Instagram beliau. Adakalanya beliau juga berkongsi aktiviti bersama anaknya Jebat Jayden.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram daebakingz, platform media berkenaan telah berkongsi satu video yang memaparkan Sharnaaz sedang menyanyikan lagu tangkap leleh era 90an.

Platform media tersebut berkongsi video berkenaan sebagai kejutan kepada para peminat Sharnaaz sempena hari ulang tahun kelahiran Sharnaaz.

Riak wajah Sharnaaz yang lebih mesra di sapa Mamu oleh para peminat beliau itu seolah- olah sedang menjiwai setiap bait- bait lirik lagu jiwang berkenaan. Cayalah Mamu.

Menjengah keruangan komen, video berkenaan ternyata menarik perhatian para netizen. Rata- rata mereka tidak menyangka pemilihan lagu pelakon yang terkenal dengan lagak yang agak garang itu.

Siapa sangka di sebalik wajah garang dan lagaknya yang bengis itu sebenarnya beliau gemar menyanyikan lagu tangkap leleh dan jiwang. Bak kata pepatah, muka garang tapi dalam hati ada taman. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Tiba- tiba teringat video parodi Tiktoker Ryan Bakery yang pernah merakamkan lagu tangkap jiwang bersama rakan- rakan walaupun di permulaan video tersebut beliau menunjukkan menggemari muzik hip hop.

Sumber: ig daebakingz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!