“Tahniah team Melastik Ke Hatimu 2. Tak sabar nak tunggu siaran” – Netizen

Kebiasaannya, jika sesebuah drama itu berjaya meraih banyak tontonan di televisyen dan ramai penonton setia yang menunggu pasti akan ada kesinambungan yang kedua. Kalau jalan cerita dan pelakon pun tak kayu, pasti penonton pun seronok nak layan drama depan TV dari awal cerita sehingga tamat. Sehingga ada yang sanggup menunggu dan memohon agar musim kedua disiarkan oleh pihak produksi.

Pasti ramai yang masih ingat dengan drama yang pernah disiarkan di slot Lestary di TV3 pada tahun lalu. Sempat menjadi drama kegilaan buat pencinta-pencinta drama tanah air, kini Melastik Ke Hatimu ini telah membawakan drama musim kedua tidak lama lagi.

Selain jalan cerita yang menarik mengenai gadis yang sering bersikap kasar bernama Haura Annisa ini, barisan pelakon hebat dalam drama turut memainkan peranan penting dalam mendapatkan rating tontonan tinggi.

Menampilkan Janna Nick dan Andi Bernadee sebagai hero dan her0in, pasangan ini turut dibantu oleh pelakon hebat lain seperti Wani Kayrie, Hafidz Roshdi, Azrel Ismail dan ramai lagi yang turut terlibat.

Memori bersama rakan artis dan kru  pengambaran di hari akhir mereka bersama telah dimuatnaik oleh Janna Nick di Instagramnya. Bekerjasama dalam waktu yang lama pasti sudah mengeratkan hubungan mereka semua dan tak lari seperti hubungan sebuah keluarga besar.

Ramai yang memberi komen tentang ketidaksabaran mereka semua untuk menanti musim kedua Melastik Ke Hatimu ini mula disiarkan di kaca TV. Malah ada juga yang menegur tentang Haura Annisa yang kini mengubah penampilannya berbanding pada musim pertama dahulu.

Penggunaan lagu dalam video kenangan mereka bersama juga turut dipersoalkan apabila Janna Nick telah memilih lagu 90an yang pernah popular pada dahulu kala. Kata Janna di ruangan komen, dia memang meminati lagu bertajuk Untukmu Sayang itu sejak dari dahulu lagi.

Jika dahulu Janna Nick yang membawa watak sebagai Haura Annisa ini terpaksa berlapang dada apabila dikahwinkan dengan Ziyyad yang merupakan jejaka kaya, apa pula yang bakal terjadi kepada hubungan pasangan ini dalam musim kedua ya. Mesti ramai yang dah tak sabar kan nak tengok telatah lucu Janna Nick dan Andi Bernadee.

Sumber: Instagram Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!