“Aku pulak yang tersengih sengih tengok ni” – Netizen

Setiap orang pasti mempunyai idola yang mereka gemari. Tidak kiralah jika ianya merupakan seorang penyanyi, pelakon mahupun ilmuwan. Siapa saja yang tidak keruan jika dapat bertemu secara langsung dengan orang yang kita minati. Pasti hati rasa sungguh gembira dan terharu lebih-lebih lagi jika orang yang diminati itu sedar akan keberadaan kita.

Walaupun bergelar seorang artis dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana tidak terlepas daripada mengidolakan salah seorang artis tempatan negara.  Fara Fauzana juga telah menjadi mereka yang terawal membeli tiket konsert bagi menyokong dan berjumpa secara langsung dengan artis pujaannya itu.

Sudah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2003 dan berjumpa dengan ramai artis, siapa sangka ternyata penyampai radio dan pengacara terkenal ini telah menaruh hati pada seorang penyanyi lelaki terkenal iaitu Anuar Zain.

Pasti ramai yang mengakui, bahawa Anuar Zain bukan sahaja berjaya mencuri hati Fara Fauzana namun banyak peminat wanita di luar sana. Siapa saja yang tidak terpukau dengan alunan suara merdu dan lembut dari Anuar Zain yang tidak pernah berubah dari dahulu hingga sekarang.

Menjadi salah seorang yang hadir dalam konsert nyanyian Anuar Zain ini, ternyata Fara Fauzana telah menjadi salah seorang yang bertuah kerana kehadirannya yang disedari oleh Anuar Zain sendiri.

Tidak dapat menahan reaksi gembira, Fara sendiri tidak mampu lagi berdiri tegak apabila namanya dipanggil oleh Anuar Zain semasa konsert tersebut berjalan.

Keberuntungan tidak berakhir disitu, Fara juga dapat menemui penyanyi pujaannya itu secara peribadi di bilik persalinannya. Video yang dikongsi oleh Fara itu juga memperlihatkan Ziana Zain iaitu kakak kepada Anuar Zain yang turut berada sama dalam konsert tersebut.

Terharu dan gembira dengan video yang dikongsikan oleh Fara di Instagramnya itu, ramai yang tidak puas senyum sehingga mendoakan agar Fara Fauzana mempunyai jodoh bersama Anuar Zain.

Malah ramai juga yang cemburu dengan peluang keemasan yang dikongsi Fara kerana peminat yang tidak dapat merasa pengalaman yang sama seperti Fara.

Lentok terus Fara bila dengar namanya dilaung dengan penyanyi bersuara merdu Anuar Zain. Siapa je yang tak cemburu, mesti ramai peminat Anuar Zain yang di luar sana cemburu kalau tengok video Fara ni. Tapi memang sweet Fara dan Anuar Zain bersama. Kalau ada jodoh apa salahnya juga kan.

Sumber: Instagram Fara Fauzana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!