“Lelaki yg baik semua dah xde mak, dah pupus macam…” – Netizen

Setiap insan dilahirkan di dunia ini pastinya mempunyai manfaat dan ada hikmahnya terhadap orang dan hidupan lain di muka bumi. Bertuahnya mereka yang dikelilingi oleh kelompok yang dapat memberi manfaat kepada dirinya. Begitupun ada jua yang sebaliknya hinggakan merasakan tiada harapan lagi dengan sesetengah pihak. Gamaknya itu juakah yang dirasakan penyanyi, Shila Amzah ini?

Jika melihat perkongsian penyanyi antarabangsa ini, Shila menggambarkan akan dirinya yang seakan tidak percaya terhadap golongan lelaki. Bahkan menyifatkan k4um itu dalam kalangan yg baik seperti dinosour yang pupus.

Ada ke wanita yang dah frust sangat tu sembang macam ni bila rasa hampa dengan lelaki yang mengecewakannya dan meluahkan rasa itu kepada insan paling dipercayai, iaitu ibu?

Agak mencuit hati juga Shila ni. Begitupun ada netizen di hantaran IG nya itu merasakan ia perasaan sebenar ditanggung Shila. Barangkali tak mustahil Shila hanya membayangkan apa sebenar dihadapi sesetengah wanita lain kan..

Dalam pada itu, ada netizen yang memujuk Shila dengan memberikan komen bahawa masih ramai lelaki yang baik di muka bumi ini. Tak kurang pula yang bersetuju luahan kata-kata Shila i

“Betullll… sokong”, “Haha agree sgt tu sbb saya masih single ”, “Sokong..fokus didik ank lg better…Alhamdulillah ank dah kerja…tq Allah bg kekuatan”, “Ada..Lelaki Jujur hidupnya sederhana, kalau yang jutawan rata2 takketahuan… selalunya ppuan suka yang kayaraya”. Itu antara komen netizen.

Dalam pada itu, ramai juga yang terhibur dengan perkongsian bersahaja Shila itu dan berharap dia dapat aktif kembali dalam bidang lakonan kerana dilihat masih berbakat. Mungkin apa dikongsikannya itu ‘sampai’ hingga terkesan.

Untuk info, Shila merupakan satu-satunya penyanyi kelahiran negara ini dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di Hong Kong, China dan Taiwan menjadikan beliau artis Melayu pertama yang berjaya di ketiga-tiga negara tersebut. Hebat bukan…

Walaupun berjaya di arena muzik antarabangsa, namun nasib tidak menyebelahinya apabila binaan mahligai rumah tangganya terkandas di tengah jalan.  Bernikah 19 April 2018, pada 8 Februari 2022, Shila sah berpisah dengan suaminya.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini, antara 2012 dan 2013 sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad ketika sama-sama membintangi telefilem Paatah Seribu. Namun hubungan mereka berakhir akibat pertelingkahan antara Sharnaaz dan bapa Shila, ND Lala.

Sumber : IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!