“Biasa Remy bawak watak nikah, hari ni dia betul2 nikah”- Netizen

Pernikahan adalah saat yang telah dinanti-nantikan buat pelakon Remy Ishak dan pasangannya, Ezza Yusof selepas tiga kali tangguh pernikahan akibat PKP. Akhirnya, Remy menamatkan zaman bujangnya pada hari ini dan merupakan tarikh keramat buat Remy dan pasangan. Tahniah buat pelakon hero malaya ini bersama pasangan pilihannya. Remy antara pelakon lelaki yang menjadi kegilaan ramai peminat wanita.

Di mana sahaja Remy berada, pasti menjadi tumpuan peminat-peminatnya. Setiap kali jejaka kacak berkuulit hitam manis ini muncul di kaca televisyen, pasti peminatnya telah menunggu di hadapan tv semata-mata untuk melihat lakonannya.

Peminat Remy sentiasa melihat pelakon kesayangan mereka ini lalui scene bernikah dan kali ini, beliau betul-betul telah selamat bernikah bersama Ezza pada hari ini.

Ternyata ramai peminat Remy terutamanya golongan wanita ‘kecewa’ setelah menerima berita pelakon kesayangan mereka bernikah pada hari ini. Namun dalam masa yang sama, ramai mendoakan semoga rumah tangga Remy dan Ezza berkekalan hingga syurga.

Dalam pada itu, Remy telah memuatnaik video di Instagram story dan dikongsi oleh Instagram Gempak sebentar tadi.

Menerusi video itu, Remy kelihatan segak berbaju melayu untuk melangsungkan akad nikahnya pada hari ini.

Remy juga ada memuatnaik satu tweet di Twitter dan menjadi perhatian ramai netizen.

Tahniah buat Remy dan Ezza. Alhamdulillah, jodoh itu rahsia Allah. Akhirnya bersatu juga mereka walaupun tiga kali tak jadi nikah sebab PKP.

Update terkini, Remy Ishak, 39, sah bergelar suami kepada Roszaliza Yusof, 38, atau Ezza Yusof dengan hanya sekali lafaz dalam majlis akad nikah di Msjid Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi. Pasangan itu dinikahkan oleh wali kpd pengantin perempuan yg juga abang kandungnya Rozman Yusof. Ezza menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Sumber: Instagram Remy Ishak, Gempak & Twitter Remy Ishak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!