“Mksdnya wanita tu terbaik utk dia. Dh pts msh xblh lupa, jodoh diorg kuat” – Netizen

Baru – baru ini dunia hiburan di kejutkan dengan berita pendedahan hero Malaya iaitu pelakon Remy Ishak yang bakal mengakhiri zaman bujang bersama wanita pilihan beliau pada hari Sabtu ini. Perkhabaran berkenaan telah membuatkan ramai peminat wanita yang merasa kecewa dan paatah hati. Apaatah lagi pengumuman tersebut di buat oleh pelakon Pujaan Hati Kanda itu pada saat – saat akhir iaitu hanya beberapa hari sebelum bernikah.

Sumber mengatakan bahawa Remy dan pasangannya itu bakal di nikahkan di msjid negara manakala busana pernikahan mereka juga telah mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal. Remy Ishak atau nama sebenar beliau Mohammad Zalimei Ishak menyifatkan wanita itu juga sangat istimewa di mata beliau.

Terkini menerusi temubual secara maya yang di lakukan oleh pihak majalah Intrend bersama pelakon tersebut, Remy mendedahkan wanita yang bakal menjadi suri hidupnya itu yang hanya dikenali sebagai Ezza merupakan seorang wanita yang sangat setia.

Kongsi Remy, beliau sebenarnya mencari seorang wanita yang boleh memahami dan menerima dirinya seadanya. Remy berkata beliau merasa agak bahaaya jika wanita itu hanya menyukai dirinya hanya kerana beliau adalah seorang pelakon popular. Sepanjang 3 tahun pertama perkenalan mereka terdapat banyak suka duka dan ujian yang mereka perlu tempuhi namun wanita itu tetap setia.

Walaupun Remy pernah memutuskan pertunangan tersebut sebelum ini namun mereka berdua masih kekal berhubung dan jatuh bangun dirinya selama ini Ezza sentiasa bersama beliau. Akhirnya Remy merasakan bahawa Ezza adalah wanita yang paling tepat untuk dirinya.

Mereka pernah bertunang pada tahun 2017 namun ikatan pertunangan itu akhirnya terputus pada tahun 2019. Hubungan mereka kembali bertaut apabila Remy telah membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Perkenalan mereka selama 8 tahun dan sikap wanita berkenaan yang cukup sabar dan setia mengharungi dugaan dan ujian untuk bersama beliau telah menguatkan lagi keputusan pelakon tersebut untuk menyunting wanita tersebut menjadi isterinya.

Di fahamkan mereka sebenarnya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan sekitar bulan Mei namun di sebabkan kekangan keadaan pandemik negara ketika itu majlis mereka terpaksa di tangguhkan.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka mengagumi sikap setia wanita tersebut dan mendoakan kebahagian pasangan itu berkekalan. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen buat pasangan tersebut.

“kita tngok le brapa lama plak tahan lepas nikah nnti, yg pompuan tu bagus lama tunggu, yg jantan tu ler harap sadar” – Netizen

“Tahniah dah putus tunang pon boleh bersama kembali, terbaik la bro remy, kita doakan agar ikatan perkahwinan kekal hingga ke jannah. Kalo dah jodoh tak ke mana kan “ – Netizen

“Moga 8 tahun akan kekal bertahun2 lama lagi insyaAllah hingga ke jannah. Tahniah Remy & Ezza akhirnya akan bersatu jugak.” – Netizen

Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjalinkan hubungan bersama seorang yang popular dan dikenali ramai. Namun benarlah kata orang jikalau sudah jodoh pasti tidak akan kemana.

Walaupun hubungan mereka pernah terputus sebelum ini namun akhirnya jodoh mereka kuat dan kali ini bertaut kembali sehingga ke ikatan pernikahan yang sah. Selamat pengantin baru buat Remy dan pasangan.

Update terkini, Remy Ishak dan pasangan selamat bergelar suami isteri sebentar tadi dengan sekali lafaz di msjid negara. Pasangan itu dinikahkan oleh wali kpd pengantin perempuan yang juga abg kandungnya Rozman Yusof. Ezza menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Sumber : Instagram In Trend Malaysia.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!