“Awl pg dh wat hal, sembahyang ke tgk youtube nih”- Adira Suhaimi

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi asas didikan agama dan moral yang kukuh kepada anak-anak sejak dari awal usia lagi. Meskipun anak-anak masih kecil lagi, dari situlah ibu bapa mudah untuk mendidik mereka mula bersolat dan mengenali ayat suci al quran. Namun mereka juga perlu dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan daripada membuat aktiviti yang tidak berfaedah.

Buat penyanyi Adira Suhaimi, beliau telah mula memberikan pendedahan tentang didikan agama buat anak-anaknya dengan mengajar mereka bersolat walaupun anaknya masih kecil lagi.

Biarpun anak perempuan Adira iaitu Anggrek masih kecil lagi dan tidak mengerti tentang bersolat sepenuhnya, tidak salah untuk Anggrek mempraktikkan solat dalam kehidupan seharian.

Sementara itu, Adira telah berkongsi video gelagat Anggrek menerusi laman Instagramnya. Gelagat lucu anak kecil itu menunaikan solat sambil menonton youtube telah menghiburkan netizen.

Gelagat Anggrek ternyata membuatkan netizen mengimbau nostalgia waktu zaman kanak-kanak dahulu.

Netizen juga memuji Adira yang telah mula mengajar anaknya untuk bersolat dan merupakan permulaan yang bagus buat anaknya.

Video lucu yang dikongsi Adira telah mencapai sehingga 160,000 tontonan. Pelbagai reaksi oleh netizen menerusi ruangan komen.

“Alhamdulillah rajin solat, kecik2 dah ada hati nak solat bagusnya, semoga jadi anak yang solehah ye sayang”- Netizen

Pandai ye Anggrek solat sambil tengok youtube senyap-senyap hehe.. Apa-apa pun Anggrek dah rajin nak solat sekarang, alhamdulillah.

Sumber: Instagram Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!