“Betul la tgk muka baby akan hiilang segala kesedihan dan penat lelah” – Netizen

Keputusan Fazura untuk berhijab sepenuhnya telahpun disambut baik oleh para peminat dan netizen yang sekian lama mengikuti dan mendoakan agar selebriti terkenal itu berhijab. Alhamdulillah berkat sokongan, semangat dan didikan daripada suaminya Fattah Amin akhirnya Fazura terbuka hati untuk berhijrah. Penampilan beliau yang berhijab itu sudah lama di lihat menerusi beberapa perkongsian gambar di Instagram namun tiada pengakuan daripada Fazura melainkan hanya memberikan respon agar para peminat mendoakan beliau supaya terus istiqamah.

Bagaimanapun sekitar sambutan perayaan hari raya AidilAdha yang lalu, suaminya sendiri iaitu Fattah Amin telah mengesahkan penghijrahan isterinya itu yang telah berhijab sepenuhnya.

Kebahagiaan rumahtangga pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran puteri sulung mereka Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada bulan Oktober tahun lalu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan rumahtangga dan kehidupan mereka berdua apabila dikurniakan cahaya mata pertama itu.

Fazura yang juga semakin aktif dalam bidang perniagaan baru-baru ini telahpun melancarkan koleksi tudung terbaru dibawah jenamanya. Pelancaran tudung berkenaan bukan sahaja meraih sambutan yang amat menggalakkan malahan juga pelakon berkenaan dipuji oleh netizen kerana menghasilkan tudung yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat murah.

Menjengah ke media sosial peribadi milik pelakon ini, selain daripada mempromosikan beberapa barangan kosmetik dan tudung yang dikeluarkan dibawah jenama beliau, kebanyakkan perkongsian yang dibuat oleh pelakon ini bersifat positif.

Fazura menggunakan sepenuhnya pengaaruh beliau sebagai seorang artis untuk memberikan pengaaruh yang sihat dalam kalangan masyarakat. Malahan para peminat beliau juga turut terhibur dengan gelagat lucu anaknya Fatima yang adakalanya turut di kongsikan oleh Fazura menerusi instagram story beliau demi tatapan peminat setia yang merindui wajah comel anaknya itu.

Beberapa hari lepas seluruh negara terkesan dengan berita pemergian penyanyi dan usahawan arwh Siti Sarah yang kembali ke rahmatullah kerana di jangkiti cvd.

Pemergian beliau yang bertarung nyaawa untuk melahirkan anak begitu menyentuh hati rakyat negara ini. Malahan berita mengenai kebaikan arwh juga secara meluas tersebar sehingga sesiapa jua yang melihat pasti akan merasa hiba dan sebak.

Namun kesedihan netizen sedikit terubat apabila sebuah Instagram peminat Fazura berkongsi video terkini telatah Fatima yang menyapa para peminat dengan berkata “Hai”.

Sekurang- kurangnya dengan melihat gelagat lucu anak Fazura itu dapat menghilangkan sebentar rasa sedih dan sayu apabila kerap kali video mengenai arwh Siti Sarah dikongsikan oleh orang ramai di media sosial.

https://www.instagram.com/p/CSWN3HCgzFP/?utm_medium=share_sheet

Peminat pasangan ini tentunya teruja dapat melihat kecomelan wajah Fatima yang mempunyai mata yang bulat. Peminat juga terhibur dengan reaksi Fatima menerusi video singkat yang dikongsikan di Instagram peminat Fazura tersebut.

Kehidupan keluarga pasangan Fazura dan Fattah Amin yang sangat sederhana dan tidak terlalu menonjolkan anak mereka juga sangat dikagumi oleh para peminat mereka. Berikut dikongsikan komen-komen peminat terhadap Fatima.

Personaliti pasangan pelakon Fattah dan Fazura yang sangat mesra dan kurang terpalit daripada sebarang k0ntr0versi negatif membuatkan para peminat sentiasa menjadikan pasangan tersebut sebagai inspirasi.

Terima kasih Fatima kerana menghiburkan netizen dan peminat dengan telatah lucu anda. Semoga Fatima sentiasa sihat dan ceria selalu.

Sumber : ig fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!