Izara Aishah tampil cantik bertudung labuh, padam foto lama di instagram

Nama Izara Aishah sudah lama menyepi dari dunia lakonan kerana ingin memberikan tumpuan terhadap keluarga beliau. Beliau mendirikan rumahtangga bersama seorang usahawan yang juga merupakan anak kepada Datuk Khalid Muhammad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid. Hasil pernikahan tersebut beliau dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Irisa Alaia yang kini berusia 1 tahun.

Izara Aishah merupakan seorang pelakon yang mula menapak dalam industri seni setelah memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja. Beliau menyertai pertandingan itu bersama usahawan dan pengacara terkenal Neelofa yang juga merupakan juara Dewi Remaja pada tahun tersebut.

Setelah meraih tempat kedua pertandingan Dewi Remaja, Izara telah mendapat tawaran menjadi pelakon. Drama pertama lakonan beliau adalah Vanilla Coklat bergandingan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza. Sejak daripada drama tersebut, nama Izara semakin dikenali ramai dan mendapat perhatian daripada para peminatnya.

Selama penglibatan beliau dalam bidang seni, Izara Aishah mempunyai imej yang bersih dan bebas daripada sebarang isu kontr0versi. Izara juga tegas dengan pendirian beliau yang kurang gemar berkongsi hal peribadi kepada umum.

Disebabkan itulah beliau selesa menutup ruangan komen di media sosial beliau demi mengelak sebarang salah faham antara peminat berlaku di ruangan komen berkenaan.

Terkini, menjengah ke Instagram peribadi pelakon jelita tersebut beberapa jam lalu Izara telah berkongsi sekeping gambar dirinya memakai tudung labuh. Beliau memuatnaik gambar berkenaan tanpa menulis sebarang caption membuatkan para peminat tertanya- tanya adakah menantu Tokti itu sudah berhijab?

Menguatkan lagi bahawa berhijab bakal menjadi penampilan terbaru dirinya adalah apabila Izara juga telah memadam kebanyakkan gambar dirinya tanpa memakai tudung sebelum ini dan hanya mngalkan gambar anak dan suaminya.

https://www.instagram.com/p/CSglZ2qpQOu/?utm_medium=share_sheet

Berkemungkinan besar Izara juga menyusuli jejak langkah sahabat beliau iaitu KilaFairy yang telahpun tampil berhijab dan mengumumkan mengenai penghijrahan beliau tahun lalu. Siapa sangka, kedua – dua artis yang cukup jelita ini mudah terbuka hati untuk mengubah penampilan mereka dalam sekelip mata sahaja.

Walaupun Izara tidak membuat sebarang kenyataan mengenai penghijrahan beliau itu namun jika ternyata benar semoga Izara Aishah terus istiqamah dalam mendalami ilmu dan ajaran islam. Para peminat pastinya gembira dengan berita berkenaan dan mendoakan yang terbaik buat selebriti jelita kesayangan mereka itu.

Gambar tersebut di muatnaik dengan menutup ruangan komen menyebabkan para peminat tidak dapat mngalkan komen terhadap foto terbaru Izara itu bagaimanapun foto Izara tampil berhijab itu telah menerima sebanyak 112,408 tanda suka.

Pelakon drama Jodoh-Jodoh Anissa itu juga kelihatan sangat ayu dengan penampilan terbaru beliau yang menutup aurat dengan sempurna.

Rata-rata netizen menyifatkan selebriti jelita tersebut seorang yang sangat merendah diri kerana beliau tidak mengakui apabila peminat memuji dirinya mempunyai wajah yang jelita.

Izara merupakan seorang selebriti yang sangat merendah diri dan tidak gemar menjadi perhatian. Di sebabkan itulah beliau mempunyai para peminat yang setia mengikuti perkembangan beliau sejak dari dahulu lagi.

Sikap beliau itu mungkin juga di pelajari daripada ibu mertuanya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan seorang artis yang kurang terlibat dengan kontr0versi serta cukup menjaga keperibadiannya sejak dahulu lagi.

Sumber : ig izaraaishahofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!